Penangan Cantona, Carsome Menang Anugerah Iklan Youtube Malaysia Terbaik 2022
Cantona di dalam video itu berkongsi kepada orang ramai mengenai proses CARSOME dalam menyediakan kenderaan terpakai untuk dijual dan pilihan pembelian yang tersedia kepada pelanggan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sekitar Julai lalu, CARSOME, platform e-dagang kereta bersepadu yang terbesar di Asia Tenggara telah melantik lagenda bola sepak, Eric Cantona atau lebih dikenali sebagai ‘King Eric’ menjadi duta jenama mereka.
Selaras dengan peranan itu, lagenda Manchester United itu telah memainkan peranan aktif dalam mempromosikan aktiviti CARSOME yang diadakan sepanjang tahun termasuklah tampil dalam video kempen CARSOME X Cantona : Driving Standards Forward.
Cantona di dalam video tersebut berkongsi kepada orang ramai mengenai proses CARSOME dalam menyediakan kenderaan terpakai untuk dijual dan pilihan pembelian yang tersedia kepada pelanggan.
Namun siapa sangka, penangan Cantona dan kreativiti team produksi menghasilkan video tersebut memberi tuah kepada CARSOME apabila dinobatkan pemenang keseluruhan Iklan YouTube Malaysia Terbaik 2022 pada YouTube Festival Awards 2022 baru-baru ini.
Selain bergelar pemenang keseluruhan Anugerah Youtube Works 2022, Video CARSOME X Cantona : Driving Standards Forward itu turut memenangi kategori Inovasi Media Terbaik.
Selain video kempen itu, empat lagi menang ialah :
Action Driver (Pemandu Tindakan) – Allianz Malaysia
Kerjasama Terbaik: Jenama dan Pencipta YouTube – Hotlink
Penceritaan Terbaik: Celcom Axiata
Force For Good (Pemacu Kebaikan) – RHB Group
Menurut Ketua YouTube Malaysia, Ben Jern, YouTube yang dahulu menjadi tempat orang ramai memuat naik dan berkongsi video kini berkembang menjadi destinasi utama untuk para pencipta membina komuniti.
Ini secara tidak langsung menjadikan YouTube sebagai tempat untuk syarikat dan perniagaan berhubung secara mendalam bersama orang ramai.
Di dalam acara sama, YouTube Malaysia turut memberi anugerah Gold Creator Award kepada 8 pencipta kandungan iaitu: