fbpx
Now Reading
Bengang Anak Terima Komen Lucah Di FB Pasal Isu Khatan, Dr Amalina Mahu Ambil Tindakan Undang-undang

Bengang Anak Terima Komen Lucah Di FB Pasal Isu Khatan, Dr Amalina Mahu Ambil Tindakan Undang-undang

Menurutnya, Amalina bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memberi komen lucah sebagai pengajaran buat semua.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular di media sosial kenyataan pakar bedah Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri mengenai isu sunat bayi perempuan di United Kingdom (UK).

Menerusi ruangan ‘Ask Me A Question’ di Insta Story miliknya, seorang individu telah bertanya mengenai sunat bayi perempuan di UK.

Menjawab soalan tersebut, Amalina berkata amalan menyunatkan anak perempuan adalah dilarang dan melangggar undang-undang di negara tersebut.

Susulan jawapan yang diberikannya itu, sesetengah media menjadikan ia sebagai artikel untuk dikongsikan buat rakyat Malaysia.

Segelintir individu bagi komen lucah di FB

Bagaimanapun, artikel yang turut dimuat naik di laman Facebook (FB) itu menerima pelbagai komen-komen berbaur lucah dari individu tidak bertanggungjawab menyebabkan Amalina terpanggil untuk bersuara mengenai isu ini.

Menerusi bebenang di akaun Twitter rasmi miliknya, beliau memilih untuk tampil ke hadapan kerana kecewa memandangkan anaknya itu baru sahaja berusia sembilan minggu.

Amalina tidak pernah pertikaikan hukum Islam

Menurutnya, beliau tidak pernah sesekali mempertikaikan hukum agama Islam, malah Amalina juga membuat kenyataan agar rakyat yang tinggal di Malaysia untuk mengikuti fatwa dan undang-undang negara Malaysia.

Kata Amalina, beliau tidak terasa jika kata-kata itu hanya ditujukan kepadanya sahaja tanpa melibatkan bayinya itu.

“Mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya yang tidak ada dosa sekalipun. Please leave my daughter alone.”

Amalina bakal ambil tindakan undang-undang

Difahamkan, Amalina bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memberi komen tidak senonoh melibatkan bayinya sebagai pengajaran buat semua agar lebih berhati-hati dalam memberi komen.

“Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yang suka membuat headline clickbait atau mengambil cerita remeh temeh daripada Instagram saya untuk disensasikan dan menggalakkan orang Melayu Islam bergaduh, memfitnah sesama sendiri.”

Tangkap layar komen lucah di FB

Pada masa sama, Amalina turut berkongsi beberapa tangkap layar komen hinaan dan berbaur lucah terhadap anaknya di FB.

Foto: Twitter/DrAmalinaBakri
Foto: Twitter/DrAmalinaBakri
Foto: Twitter/DrAmalinaBakri
Foto: Twitter/DrAmalinaBakri
Foto: Twitter/DrAmalinaBakri

Khatam perempuan di UK kategori FMG & bukan tuntutan Islam

Untuk info, Majlis Syariah Islam, Kolej Islam dan Majlis Muslim Britain (MCB) menyatakan sunat atau khatan bagi perempuan dikategorikan sebagai Female Genital Multilation (FMG).

Menurut mereka lagi, FMG bukan tuntutan Islam, malah tiada rujukan di dalam al-Quran yang menyatakan kanak-kanak perempuan mesti berkhatan. Selain itu tiada rujukan yang sahih tentang hal ini dalam Sunnah, perkataan atau hadis Nabi Muhammad (SAW).

Namun menurut Mufti Wilayah Persekutuan, wajib hukumnya berkhatan bagi lelaki dan juga perempuan.

Untuk perempuan ia bagaimanapun hanya meliputi bahagian kulit di atas saluran kencing (klitoris)

“Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris.”

Menurut Mufti Wilayah lagi, perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam. kkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.