fbpx

Erti Sebenar Perpaduan, Keluarga Melayu Layan ‘World Cup’ Di Rumah Jiran Berbangsa Cina [Video]

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila video tersebut menunjukkan kemesraan dan keramahan mereka hidup berjiran walaupun berlainan bangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak musim Piala Dunia (FIFA) 2022 di Qatar, rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama akan memenuhi setiap pelusuk kedai makan terutamanya kedai mamak bagi menyaksikan semua perlawanan yang disajikan.

Suasana sebegini pastinya menjadi kebangaan kerana ia menunjukkan keunikan Malaysia yang mampu hidup harmoni walaupun rakyat di negara ini terdiri daripada pelbagai kaum.

Keluarga Melayu tengok bola dekat rumah jiran Cina

Tidak hanya di kedai makan, baru-baru ini juga tular satu video di media sosial yang memaparkan sebuah keluarga Melayu menyaksikan perlawana akhir Piala Dunia di rumah jirannya yang berbangsa Cina.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @aiezzalie, wanita itu memaparkan suami bersama anaknya sedang menuju ke rumah jiran mereka untuk menonton perlawanan Argentina menentang Perancis pada Ahad lalu (18 Disember).

Mesra dan ramah walaupun berlainan bangsa

Apa yang mencuri perhatian ramai apabila video tersebut menunjukkan kemesraan dan keramahan mereka hidup berjiran walaupun berlainan bangsa.

Pada video sama, kelihatan juga anak-anak mereka menyarung jersi pasukan kegemaran sambil memegang bola.

“Best dapat jiran yang baik” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji keakraban mereka sesama jiran yang hidup harmoni serta menyifatkan keluarga itu sebagai bertuah kerana mempunyai jiran yang baik.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.