fbpx
Now Reading
“Tabik Hormat Buat Leo & Reed!”- PDRM Ucap Terima Kasih Pada Dua Anjing Dari Unit K9
Leo & Reed

“Tabik Hormat Buat Leo & Reed!”- PDRM Ucap Terima Kasih Pada Dua Anjing Dari Unit K9

PDRM ucap terima kasih kepada Leo dan Reed selepas bertungkus lumus dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terlibat dalam kes tanah runtuh di Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, negara digemparkan dengan berita kejadian tanah runtuh yang melibatkan sebanyak 94 mangsa di sebuah tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, Genting Highland, Pahang.

Dalam kejadian tersebut sebanyak 24 mangsa terkorban, 61 terselamat manakala sembilan lagi masih dilaporkan hilang sehingga kini.

Oleh itu, misi pencarian masih diteruskan oleh pasukan penyelamat termasuklah dengan menggunakan khidmat Unit K9 untuk mengesan mangsa.

Disebabkan operasi menyelamat masih berterusan, terdapat beberapa anjing dari unit K9 yang terpaksa direhatkan buat seketika kerana mengalami kecederaan dan keletihan.

Perkara itu secara tidak langsung telah mengundang perhatian ramai yang terharu dengan kerja keras unit tersebut dalam membantu mencari mangsa yang terlibat.

PDRM rakam penghargaan kepada Leo & Reed dari Unit K9

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakamkan penghargaan kepada dua anjing Unit K9 iaitu Leo dan Reed kerana telah bertungkus lumus dalam menjayakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Selain kekuatan dan kebijaksanan manusia menjayakan operasi SAR tersebut, ada makhluk lain yang turut ‘berpadu tenaga’ dalam memastikan mangsa-mangsa tertimbus dapat ditemui di lokasi kejadian yang menyayat hati itu.

“Sejak hari pertama lagi PDRM telah menurunkan sebanyak enam ekor anjing pengesan dari Unit K9, Jabatan Siasatan Jenayah yang mana, dua daripadanya ialah Leo (warna hitam) dan Reed (warna coklat),” tulis PDRM di dalam Facebook rasminya.

Dua haiwan ini turut tunjuk kesungguhan dalam mencari 9 mangsa yang masih belum ditemui

Katanya, menerusi raut wajah Leo dan Reed terpampang kesungguhan serta keletihan yang dialami oleh dua hero itu kerana mahu memastikan agar sembilan lagi mangsa yang dilaporkan hilang dapat ditemui semula.

“Tabik hormat buat Leo dan Reed! Terima kasih atas khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada negara,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji dua ekor anjing tersebut dan mendoakan agar mereka sentiasa kuat dan sihat untuk terus berkhidmat kepada negara.

Terdahulu, tular kisah seekor rakan anjing pengesan, Franki yang dilihat dipenuhi lumpur gara-gara mahu mengesan mangsa dari kes tanah runtuh tersebut.

Baca artikel berkaitan: [Video] “Respect!” – Khidmat Anjing Pengesan Dalam Misi SAR Tanah Runtuh Batang Kali Raih Pujian Ramai

‘Terbaik wira tak didendang, jasamu tetap dikenang’

‘Banyak jasa pada manusia. Inilah Hero sebenar kita’

‘Tabik hormat untuk Leo, Rees dan semua petugas K9, PDRM’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.