fbpx
Now Reading
Warga Emas Tersenyum, Rumah Kelong Yang Pernah Diejek Dahulu Kini Terapung Di Musim Banjir [Video]

Warga Emas Tersenyum, Rumah Kelong Yang Pernah Diejek Dahulu Kini Terapung Di Musim Banjir [Video]

Difahamkan, rumah kelong itu juga diikatkan pada sebuah tiang agar ia tidak hanyut dibawa oleh arus air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, bencana banjir yang melanda negara pada ketika ini pasti akan menyebabkan kerosakkan dan kemusnahan harta benda.

Hal ini pastinya akan merungsingkan lagi mangsa-mangsa banjir apabila harus memikirkan kos tambahan yang perlu dikeluarkan untuk membaiki atau menggantikan barangan-barangan yang telah rosak akibat terkena air.

Rumah kelong atas daratan berjaya terapung pada musim banjir

Bagaimanapun, seorang warga emas ini tular di media sosial apabila dia mencipta sebuah rumah berkonsepkan kelong atau rumah rakit di kawasan darat hingga berjaya menyelamatkan kediamannya itu daripada tenggelam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @jimat_fishing2, kelihatan wajah warga emas tersebut yang tersenyum kerana usaha yang dilakukannya membuahkan hasil apabila rumah kelong itu berjaya terapung dan tidak ditengelami air.

@jimat_fishing2

Membalas kepada @jimat_fishing2 rumah kelong berjaya terapung.. semoga menjadi inspirasi pada org ramai…😊.. #rumahkelong #rumahterapung #berjaya #jimatfishing #zaliefishing #fyp #fypシ #fypシ゚viral #allahyangpunya

♬ bunyi asal – tututututu – Katak gemoy

Rumah diikat pada tiang agar tidak hanyut dibawa arus

Difahamkan, rumah kelong itu juga diikatkan pada sebuah tiang agar ia tidak hanyut dibawa oleh arus air.

Pada video sama, kelihatan juga rumah dua tingkat yang berada di sebelah rumah kelong tersebut sudah separuh bahagian ditengelami air.

Warga emas cipta rumah kelong pernah diejek dahulu

Sementara itu, beberapa netizen turut mendakwa rumah kelong itu dahulunya pernah diejek segelintir individu, namun hasil ciptaan warga emas tersebut kini telah berjaya menyelamatkan dia daripada menunggung kos kerugian yang tinggi.

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memuji kreativiti warga emas terbabit kerana mencipta rumah kelong di kawasan daratan untuk mengelak daripada ditenggelami air banjir.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.