fbpx
Now Reading
Banjir: Ramai Dakwa MB Terengganu Di New Zealand Ketika Rakyat Berdepan Banjir

Banjir: Ramai Dakwa MB Terengganu Di New Zealand Ketika Rakyat Berdepan Banjir

Lokman Adam mendakwa Dr Samsuri tiada usaha untuk balik awal dari percutiannya di New Zealand di saat lebih 30,000 rakyat Terengganu sedang berdepan musibah banjir.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia sedang berdepan banjir besar ekoran dari hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

Antara daerah yang paling teruk terjejas ialah Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Kota Bharu di Kelantan manakala Besut, Kemaman, dan Hulu Terengganu di Terengganu.

Situasi di Besut turut dilaporkan kritikal apabila semua jalan menuju ke daerah itu terpaksa ditutup kerana ditenggelami air hingga terputus hubungan.

Baca artikel berkaitan: Banjir: Daerah Besut Lumpuh, Laluan Masuk Ditutup & Terputus Hubungan

Namun apa yang mengejutkan apabila timbul dakwaan bahawa Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sedang berada di Auckland, New Zealand di saat negeri itu sedang berdepan bencana itu.

Pendedahan itu dilakukan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam menerusi satu hantaran di Facebook.

Menurut Lokman, Ahmad Samsuri ketika ini berada di New Zealand bersama isterinya.

Menerusi hantaran sama, Lokman turut berkongsi tiket penerbangan dipercayai milik Ahmad Samsuri bersama isterinya.

Perkara sama turut dibangkitkan Lokman dalam satu video yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasminya itu.

Isu sama panas di Twitter

Keberadaan MB Terengganu itu turut hangat dibincangkan di Twitter apabila beberapa pengguna media sosial turut membangkitkan dakwaan sama.

“Untuk makluman rakyat Terengganu, Menteri Besar anda sedang bercuti ke luar negara,” tulis Zack Rockstar.

Dia dalam bebenang sama turut meminta Samsuri yang juga ADUN Rhun Rendang menjawab dakwaan tersebut sama ada benar atau tidak beliau bercuti ketika banjir sedang memuncak.

Menerusi semakan kami, Samsuri semalam ada membuat naik satu kenyataan di Facebook berterima kasih kepada kerajaan Selangor di atas keprihatinan dan sumbangan RM500 ribu untuk membantu mangsa banjir di Terengganu.

Setakat artikel ini ditulis, seramai 40,456 mangsa banjir di Terengganu berada di 299 pusat pemindahan sementara (PPS).

Selain itu, seorang kanak-kanak menjadi korban pertama banjir di Terengganu beberapa hari lalu selepas terjatuh dari rumahnya dalam kejadian di Kampung Apal, Jertih.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.