
Mungkin Terlalu Cuak, Lelaki Halau & Pukul Babi Hutan Yang Cuba Hampiri Bot Ketika Banjir [Video]
Tindakan yang dilakukan oleh dua individu itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai apabila ada yang tidak bersetuju dan sebaliknya kerana beranggapan babi hutan adalah bahaya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, keadaan cuaca yang kurang baik serta hujan yang berterusan sejak akhir-akhir ini menyebabkan banyak kawasan khususnya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia mula dinaiki air.
Malah keadaan banjir ini menjadi lebih buruk apabila banyak kawasan mula terjejas sehingga puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat perlindungan sementara (PPS) disebabkan kediaman mereka yang telah ditenggelami air.
Banjir ini turut membuatkan haiwan ternakan dan hidupan liar turut terjejas apabila mereka juga cuba mencari tempat untuk berlindung.
Tular video memaparkan aksi individu halau & pukul babi hutan ketika banjir
Baru-baru ini, tular satu video di Twitter dikongsikan oleh @KlutzyKucing yang memaparkan keadaan dua lelaki di kawasan banjir yang berdepan detik cemas apabila dihampiri oleh seekor babi hutan sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, kelihatan sekawan babi hutan itu sedang berenang dan cuba untuk mencari jalan bagi menyelamatkan diri dari banjir berkenaan.
Namun tidak lama kemudiannya, seekor dari kawanan babi hutan tersebut dilihat cuba mendekati bot yang dinaiki oleh mangsa banjir tersebut.
Ini mungkin disebabkan haiwan berkenaan terdengar suara dari arah bot tersebut seolah-olah memanggil dirinya.
Mungkin terlalu cuak, seorang dari lelaki berkenaan secara spontan menjerit sebelum memukul babi hutan itu menggunakan pendayung sewaktu haiwan itu mendekati bot mereka.
Haiwan berkenaan lantas beredar menjauhi bot diikuti gelak tawa dua lelaki terbabit.
Mangsa banjir dipukul dengan dayung bila cuba naik ke dalam bot.
— KucingKèrong (@KlutzyKucing) December 20, 2022
🤣🤣🤣🤣🤣 pic.twitter.com/LFzJPCP3Zi
Undang perhatian ramai, ada yang bersetuju dengan tindakan individu itu dan sifatkan babi hutan adalah bahaya
Perkongsian video itu mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen, ini kerana ramai khuatir babi hutan tersebut akan menyondol bot itu menyebabkan mereka yang berada di dalamnya terjatuh ke dalam air.
Namun terdapat juga segelintir yang menyuarakan rasa kasihan melihat haiwan itu diperlakukan begitu.
Kena jadi pencinta babi baru belajar utk tak aniaya binatang ka mcm mana? Kalau takdak kapasiti nak bantu, move out of the way. Ni tak, pi aniaya pulak.
— meowth prowess (@ninako888) December 21, 2022
Dia haiwan liar kak. Tak faham bahasa. Kalau akak tolak je memang dia sondol akak
— meggitumis🇵🇸🇲🇾 (@meggitumis) December 20, 2022
Betoi . . Babi hutan nie bahaya . . Even size kecik pun klu dy sondol boleh patah riuk .
— Stand W/ Palestine 🇵🇸 (@AbgBerjambang) December 20, 2022
Kasi sondol je baru manusia tu ketahuan sikit.
— 𝒓𝒆𝒅𝒛𝒖𝒂𝒏 (@TheRealBobss) December 20, 2022
Musibahnya adalah babi tu sendiri .disondolnya bot tu boleh terbalik kot
— F Δ R I D シ (@eidboyz) December 20, 2022
Kesian hat situ je takpe 😂 Silap² bukan dia naik bot, kita yg tenggelam disondolnya bot tu kang. Perangai babi hutan ni lebih kurang sama jugak dengan yang tak reti signal nak belok.
— Hud Hailey 🐺 (@huddkhalessi) December 20, 2022
Eh tiber 😂
Video turut tarik perhatian doktor veterinar
Malah, ia turut menarik perhatian seorang doktor veterinar iaitu Dr Imma yang menyatakan pasti ada cara yang lebih baik untuk menghalau haiwan itu tanpa memukulnya.
“Kalau masa bukan banjir dia tiba-tiba menyondol. Maka kita patut lakukan sesuatu untuk selamatkan diri. Tetapi dalam keadaan ini, mereka (babi hutan) juga sedang berusaha untuk menyelamatkan diri,” ujar Dr Imma.
That doesn’t give you the license to pukul these creatures. There must be other ways. Yang pi provoke panggil dia buat apa? Kalau time bukan banjir, dia tetiba menyondol, then, probably we should react sbb nak selamatkan diri.
— dr.ima_vet (@drimavet) December 20, 2022