fbpx
Now Reading
“Pakaian Saya Sebenarnya Agak Labuh” – Dikritik Kerana Pakai Seluar Ketat, Hawa Rizwana Mohon Maaf [Video]

“Pakaian Saya Sebenarnya Agak Labuh” – Dikritik Kerana Pakai Seluar Ketat, Hawa Rizwana Mohon Maaf [Video]

Menurut Hawa, dia sentiasa bersikap terbuka terhadap teguran dan akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian pada masa akan datang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, pengacara dan pembaca berita, Hawa Rizwana menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia dilihat memakai seluar yang ketat di dalam sebuah acara.

Gambar yang dikongsikan oleh Hawa di laman Instagram miliknya telah mendapat pelbagai komen berbaur kecaman dan kritikan daripada netizen.

Hawa Rizwana mohon maaf kepada orang ramai

Susulan itu, Hawa Rizwana memohon maaf kepada orang ramai kerana pemakaiannya yang menimbulkan kontroversi.

Menurut Hawa, dia tidak menyangkan bahawa penampilannya berseluar ketat membuat banyak pihak tersinggung kerana disifatkan tidak bersesusian dengan imejnya yang bertudung.

‘Mungkin gambar nampak dari sisi tidak sesuai’ – Hawa Rizwana

“Pakaian yang saya gayakan pada majlis itu sebenarnya agak labuh. Mungkin gambar yang saya muat naik di media sosial menampakkan sisi tidak sesuai sehingga membuatkan penampilan saya kelihatan tidak selari dengan imej berhijab.

“Saya rasa tidak sedap hati apabila cara pemakaian saya tidak disenangi. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi Rizman Ruzaini Cruise petang semalam (20 Disember).

Ambil iktibar dan sentiasa bersikap terbuka

Ujar Hawa Rizwana yang mengambil iktibar daripada kejadian itu, dia sentiasa bersikap terbuka terhadap teguran dan akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaian pada masa akan datang.

“Saya tidak berniat menyinggung perasaan mana-mana pihak. Saya ambil positif setiap teguran yang diberikan.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati sebelum berkongsi apa-apa kandungan di media sosial,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.