fbpx
Now Reading
“Tiap-tiap Malam Ayam Kena Kacau” – Lelaki Steady Rekod ‘Kak Ponti’ Berdiri Depan Sangkar [Video]

“Tiap-tiap Malam Ayam Kena Kacau” – Lelaki Steady Rekod ‘Kak Ponti’ Berdiri Depan Sangkar [Video]

Berdasarkan video tersebut, lelaki terbabit kelihatan seolah-olah tidak takut dengan penampakan seram menyerupai ‘kak ponti’ yang berdiri berhampirannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti yang ramai ketahui, makhluk yang ada di muka bumi ini tidak hanya terdiri daripada manusia, haiwan dan tumbuhan sahaja, malah makhluk ghaib seperti jin dan iblis juga ada.

Namun kebanyakan orang pasti akan berasa takut dan berharap tidak berjumpa dengan makhluk ghaib sebegini kerana rupa paras yang menjelma kebiasaannya menyeramkan.

Lelaki tenang ternampak penampakkan menyeramkan

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang lelaki kelihatan tenang setelah terlihat penampakan yang menyeramkan berdiri di sebelah satu sangkar ayam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok akaun @azmilkkl, lelaki terbabit pada mulannya sedang memeriksa ayam peliharaannya yang berada di dalam sangkar pada waktu malam.

@azmilkkl

serammmmmmmm gaisss..tengok betul2 gaiss… #hantu #makanayam #fyp

♬ original sound – Azmilkkl – Azmilkkl

Ayam ternakan sering diganggu sesuatu pada waktu malam

Jelasnya, ayam-ayam itu sering diganggu pada waktu malam sehingga haiwan ternakan itu berada dalam ketakutan.

Namun, ketika dia sedang merakam dan menyuluh ke arah sangkar tersebut, tiba-tiba kelihatan satu sosok tubuh memakai baju berwarna putih dan berambut panjang berdiri kaku di sebelah reban ayam tersebut.

Foto: TikTok/azmilkkl

Tak takut hantu, siap boleh tegur

Apa yang mengejutkan, lelaki terbabit seolah-olah tidak takut dengan jelmaan seakan hantu itu yang sedang berdiri berhampirannya, malah dia dengan beraninya telah menegur makhluk itu.

“Ini apa ini, apa ni, ha ha kacau lagi. Apa tu? Ouhh kau yang mengacau. Ouhh ini lah yang mengacau, seram betul ni,” kata lelaki itu.

Namun, ketika lelaki terbabit menyuluh ke arah wajah penampakan itu, makhluk yang kelihatan seperti pontianak itu terus menghilangkan diri.

“Berani teruk abang ni” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial mengenai video tersebut.

Selain itu, mereka turut menyifatkan lelaki terbabit sebagai seorang yang berani dan tidak takut berdepan makhluk sebegitu rupa.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.