fbpx
Now Reading
Tular Video Proton Wira Langgar Lari Rider, Polis Buru Pemandu [Video]
Pemandu wira langgar penghantar makanan

Tular Video Proton Wira Langgar Lari Rider, Polis Buru Pemandu [Video]

Hasil siasatan polis mendapati kenderaan Proton Wira yang dipandu oleh individu tersebut adalah kereta curi yang dilaporkan hilang pada Ahad lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang bertindak melanggar sebuah motor yang ditunggang oleh seorang penghantar makanan.

Menerusi video tersebut, pada awalnya kelihatan dua orang penghantar makanan seperti sedang memeriksa kenderaan terbabit sebelum pemandu itu bertindak untuk melanggar motor di hadapannya.

Pemandu itu kemudian segera mengundurkan kenderaannya dalam keadaan tergesa-gesa sehingga melanggar bahu jalan dipercayai untuk beredar dari kawasan berkenaan.

Polis buru pemandu Proton Wira terlibat kes langgar lari

Susulan dari kes tersebut, polis sedang giat mencari pemandu kenderaan tersebut dalam kejadian langgar lari yang berlaku di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Johor Bharu, pada 19 Disember itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Supt Fariz Ammar Abdullah mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian yang melibatkan sebuah kereta dengan sebuah motosikal jenis Honda Wave pada hari sama sekitar jam 8.00 malam.

Pemandu masuk di laluan bertentangan, kenderaan yang dipandu kereta curi

Jelasnya, kemalangan itu berlaku selepas Proton Wira yang dipandu oleh lelaki itu masuk dilaluan bertentangan sebelum terlanggar penunggang motosikal yang sedang berhenti di persimpangan jalan.

“Sejurus kejadian, pemandu kereta itu telah melarikan diri dengan memandu secara melawan arus. Sehingga kini, pemandu tersebut belum tampil untuk membuat laporan polis.

“Akibat kejadian tersebut, penunggang motosikal itu telah mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

“Siasatan pihak polis mendapati kereta yang terlibat dalam kemalangan ini adalah kederaan curi yang telah dilaporkan hilang di kawasan Pelangi Indah, Johor Bahru pada 18 Disember,” jelasnya.

Polis berjaya temui kereta Proton Wira yang ditinggalkan pemandu

Katanya, hasil maklumat dari orang awam pihak polis telah berjaya menemui kereta Proton Wira berkenaan yang ditinggalkan di tepi jalan persiaran Scientex Utama, Senai, Johor.

Kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan bertimbang rasa yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 serta penjara selama tempoh tidak melebihi 12 bulan jika disabitkan kesalahan.

“Bagi kesalahan jenayah, kes telah disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

“Pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes kemalangan ini supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat ke IPD Johor Bahru Utara di talian 07 5563122.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.