fbpx
Now Reading
‘Dakwahlah Dengan Berhikmah’ – JAKIM Tegur Ustazah Siti Afifah & Suami

‘Dakwahlah Dengan Berhikmah’ – JAKIM Tegur Ustazah Siti Afifah & Suami

Jelas JAKIM lagi, semua pendakwah di Malaysia terikat dengan sistem pentauliahan di bawah pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri justeru perlakuan yang bercanggah boleh berdepan tindakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, nama pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah sering menjadi topik hangat di media sosial selepas dia beberapa kali dilihat mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Antara perkara yang pernah dibangkitkan Siti Afifah adalah mendayuskan para suami yang membenarkan doktor lelaki melihat aurat isteri ketika bersalin dan makan ubat sakit masuk neraka.

Baca artikel berkaitan:

Ramai Bingung, Ustazah Dakwa Makan Ubat Tahan Sakit Haram & Boleh Masuk Api Neraka [Video]

Isu-isu ini membuatkan beberapa agamawan antaranya Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan penceramah bebas seperti Amin Idris mula memberikan teguran kepada Afifah dan suaminya, Zaidi Tohrin hingga menyebabkan perlaku ‘pergeseran’ di antara mereka.

Pasangan ini kemudiannya memaklumkan akan memfailkan saman terhadap pihak yang didakwa telah melemparkan fitnah pada mereka dan mendakwa sudah lama menahan sabar.

Baca artikel berkaitan:

Dakwa Difitnah, Ustazah Siti Afifah & Suami Maklum Mahu Failkan Saman, Petik nama UAI [Video]

JAKIM maklum kewujudan video tular kenyatan kontroversi dari Afifah dan suami tampil

Terbaharu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menasihatkan Afifah dan suaminya itu untuk menggunakan pendekatan berhikmah dan sesuai dalam berdakwah.

Jakim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan video tular di media sosial yang membabitkan pasangan suami isteri itu yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi.

“JAKIM dan pihak berkuasa agama negeri sentiasa membuat pemantauan kandungan berkaitan hal ehwal agama Islam yang dipaparkan kepada khalayak khususnya melalui penggunaan media sosial yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat mutakhir ini.

“Semua pihak khususnya golongan yang bergelar sebagai pendakwah adalah dinasihatkan agar sentiasa menggunakan pendekatan yang sesuai dan berhikmah dalam menyampaikan dakwah. Kenyataan yang bersifat kontroversi dan boleh menimbulkan kegusaran awam hendaklah dielakkan,” kata JAKIM dipetik dari Harian Metro.

Pendakwah di Malaysia terletak di bawah sistem pentauliahan pihak berkuasa agama

Jelas JAKIM lagi, semua pendakwah di Malaysia terikat dengan sistem pentauliahan di bawah pihak berkuasa agama Islam di negeri-negeri.

Justeru mana-mana perlakuan yang bercanggah dengan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

“Adalah wajar untuk semua pihak mengambil pendekatan sederhana dalam setiap aspek tanpa mengabaikan tuntutan syarak termasuk mengutamakan keharmonian hidup dalam masyarakat,” katanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.