“Ma Sakit Ma” – Luluh Hati Ibu Anak Jadi Mangsa Gangguan Seksual Pengasuh [Video]
Hafiz Mahamad yang juga majikan kepada si ibu memaklumkan sudah membuat laporan polis bagi menuntut keadilan buat kanak-kanak itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia, bahkan sehingga kini kes tersebut masih lagi berlaku.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Penceramah Bebas Ditahan Lakukan Kes Amang Seksual Fizikal Pada Budak 5 Tahun
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Imam Surau Di Melaka Didakwa Bogel Depan Kanak-Kanak & Remaja Perempuan
Terbaharu, semalam (22 Disember) usahawan dan pempengaruh di media sosial, Hafiz Mahamad berkongsi cerita mengenai penderitaan seorang kanak-kanak yang menjadi mangsa gangguan seksual ketika berada di pusat asuhan.
Terima mesej berbentuk video dari salah seorang tenaga kerja perniagaanya
Menerusi hantaran video di laman TikTok miliknya, Hafiz berkata dia menerima mesej berbentuk video menerusi WhatsApp daripada salah seorang tenaga kerja perniagaannya
“Bila dapat whatsapp video anak ni, menangis saya & isteri. Ya Allah, kenapa ada yang sanggup buat macam ni,” tulisnya di kapsyen.
Kanak-kanak beritahu kelakuan guru terbabit kepadanya
Berdasarkan video tersebut, kendengaran jelas perbualan di antara kakitangannya itu yang juga seorang ibu tunggal bersama anaknya yang memberitahu tentang kelakuan tidak senonoh guru lelaki terbabit kepada dirinya.
“Anak ini masih kecil lagi, ibu dia hantar ke pengasuh sebab dia ‘single mom’ yang bekerja. Tapi sanggup ada manusia yang buat mcm ni.”
Sejurus menerima video tersebut, Hafiz bersama isterinya bergegas ke hospital untuk melawat kanak-kanak terbabit dan bertanya kepada ibunya mengenai kejadian itu.
Kemaluan rasa sakit bila balik daripada pengasuh
“Sebenarnya dia dah pernah cakap sebelum ni, dekat dia punya kemaluan sakit. Balik daripada pengasuh tu,” kata ibu tunggal itu.
Pada awalnya, ibu tunggal terbabit tidak menjangkakan apa-apa dan hanya menyangkakan ianya terjadi disebabkan lampin pakai buang yang dipakai anaknya.
Namun, segalanya terbongkar apabila kanak-kanak tersebut memberitahu bahawa kemaluannya dipegang oleh gurunya.
Kanak-kanak terbabit jadi takut berhadapan dengan seorang guru lelaki
“Mula dari itu baru saya perasan bila hantar dia pergi sekolah, kalau yang teacher yang lelaki tu yang sambut dia tak nak pergi sekolah, dia tak nak masuk pun.
“Yang baru-baru ni, dia cakap punggung dia sakit, macam saya pegang pun dia tak bagi. Dia cakap tu ma sakit ma sakit ma.
“Saya dah macam teringat baliklah kan pasal yang tu, tiga hari ni perasan rasa macam dia banyak termenung,” kata ibu tunggal itu lagi.
Laporan polis sudah dibuat
Difahamkan, Hafiz Mahamad telah pun membuat laporan polis berkenaan kes gangguan seksual tersebut.
Untuk info, penderaan seksual kanak-kanak adalah aktiviti seksual yang dilakukan oleh individu dewasa dalam pelbagai bentuk seperti memaksa, memujuk, mengugut atau menggunakan tipu helah terhadap kanak-kanak untuk memuaskan nafsu mereka yang tidak terkawal.