Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini (22 Disember) mengumumkan jumlah agihan pendapatan 4.60 seunit untuk dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
PNB menerusi satu kenyataan media berkata, pengagihan pendapatan itu merangkumi 3.35 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit.
PNB dalam masa sama turut mengumumkan bonus khas sebanyak 0.50 sen seunit terhad kepada 30,000 unit pertama.
ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan Bonus Tambahan 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. pic.twitter.com/jwBazZnKbr