
Rasa Macam Taknak Balik! Ini 5 Tempat Menarik Yang Wajib Dikunjungi Jika Ke Padang, Sumatera Barat
Padang merupakan ibu kota wilayah Sumatera Barat Indonesia, terletak di pantai barat Sumatera yang dipenuhi dengan kawasan pelancongan yang menarik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak dunia membuka semula sektor pelancongan selepas hampir dua tahun berperang dengan pandemik, dapat dilihat ramai rakyat Malaysia yang mula merancang percutian baik di dalam dan luar negara.
Antara negara yang menjadi tumpuan para pelancong di negara ini pastinya Indonesia, hal ini kerana jarak perjalanan yang tidak begitu jauh dan juga tempat-tempat percutiannya yang tak kurang hebatnya.
Kali ini, kami bersama team AirAsia diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman bercuti di beberapa tempat menarik di Padang, Sumatera Barat untuk dikongsikan bersama anda.
Berikut, adalah 5 tempat menarik di Padang yang wajib korang kunjungi jika anda merancang untuk melancong ke sini.
#1 Pulau Soetan, Mandeh
Kawasan Mandeh sememangnya terkenal di kalangan pelancong dan penduduk tempatan kerana ia terdiri daripada beberapa pulau yang begitu indah dengan pemandangan alam semula jadinya.
Antara pulau yang wajib dikunjungi pastinya Pulau Setan (Soetan). Pulau ini seakan syurga dunia kerana keindahan air laut yang berwarna biru dan juga pasir yang berwarna putih begitu menakjubkan buat santapan mata para pengunjung.

Selain itu pelbagai aktiviti boleh dilakukan di kawasan Mandeh seperti ‘cliff jumping’ ala-ala Pandelela Rinong di Pulau Sironjok Ketek dan juga menyusuri hutan bakau (mangrove tour).

#2 Desa Wesata Kubu Gadang
Bagi yang ingin merasakan suasana kampung yang indah dan permai, Desa Wesata Kubu Gadang pastinya menjadi tempat kegemaran anda. Ini kerana kampung ini memiliki daya tarikan yang tersendiri.
Dengan keindahan sawah padi yang terbentang luas, dihiasi pula dengan pemandangan gunung-ganang yang tersergam indah. Serius serba nyaman!

Apa yang lebih menarik, kampung ini masih mengekalkan adat Minangkabau di dalam diri setiap penduduk di sana, malah pelancong juga berpeluang menyaksikan silek lanyah dari penduduk tempatan.
#3 Istano Basa Pagaruyung, Kabupaten Tahan Datar
Istana Pagaruyung yang dapat dikunjungi di Kabupaten Tahan Datar merupakan replika dari istana sebenar yang hancur terbakar pada tahun 1976.

Dari bentuk bumbungnya sahaja para pelancong sudah dapat mengetahui bahawa istana ini adalah daripada suku kaum Minangkabau yang terkenal dengan binaan bumbung berbentuk tanduk kerbau.
Di istana ini, para pengunjung juga dapat belajar sedikit sebanyak mengenai adat Minang yang lebih mengutamakan kaum wanita berbanding lelaki.
#4 Sikabu Glamping, Nagari Tanjung Haro Sikabu-kabu
Bagi yang menggemari aktiviti berkhemah tapi masih inginkan gaya ‘glamour’ dengan pemandang yang indah, Sikabu Glamping yang terletak di Nagari Tanjung Haro Sikabu-kabu pastinya akan menjadi pilihan hati.

Anda tidak akan menyesal dengan setiap wang yang dilaburkan untuk menginap di sini kerana suasana sekitar kawasan glamping yang terletak di atas bukit dengan pemandangan sawah padi yang menghijau pasti membuat anda sentiasa terpukau.

Tidak hanya itu, kawasan kampung sekitar Sikabu Glamping ini juga terkenal dengan bertanding pacu itiak (lumba itik) yang akan diadakan setahun sekali.
Walaupun ia hanya diadakan setahu sekali, tetapi para pengunjung yang datang juga mampu merasai peluang bermain permainan tradisional kampung ini.

#5 L.A Rafting, Padang Pariaman
Akhir sekali, buat para pencinta alam dan aktiviti lasak pula, anda tidak boleh melepaskan peluang merasai sendiri pengalaman berakit daripada L.A Rafting di Padang Pariaman.

Keadaan arus sungai yang deras akan menambahkan lagi cabaran semasa melakukan aktiviti rafing ini, namun air yang sejuk dan juga pemandangan alam sekitar yang cantik pasti akan menyegarkan anda
Berjumpa dengan Naib Gabenor Sumatera Barat
Semasa di sana, kami telah dijemput untuk makan malam bersama Wakil Gabenor Sumatera Barat, Dr. Ir. Audy Joinaldy.
Ketika bersama beliau, kami tidak melepaskan peluang bertanya mengenai rancangannya dalam mempromosikan sektor pelancongan Sumatera Barat terutamanya di Padang pada tahun hadapan.
Katanya, bagi tahun 2023, terdapat banyak lagi acara-acara menarik yang akan dijalankan terutamanya di kawasan pelancongan serta dia berharap agar lebih banyak pelancong dari Malaysia yang akan datang ke situ untuk bercuti.

AirAsia tawar penerbangan ke Padang 10 kali seminggu
Berita baik untuk semua, kini AirAsia menawarkan penerbangan pada setiap hari dari Kuala Lumpur ke Padang, Sumatera Barat sehingga 10 penerbangan seminggu.
Harga tiket yang ditawarkan juga amatlah berpatutan, berdasarkan semakan kami purata harga tiker bagi perjalanan sehala adalah RM189 semasa hari biasa.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman sesawang atau muat turun aplikasi AirAsia.
