fbpx
taman tema tak ada air

Air Tiba-Tiba Takda Ketika Seronok Main Gelongsor Di Taman Tema, Aksi Individu Ini Buat Ramai Terhibur [Video]

Keadaan lucu itu turut menyebabkan gadis itu bersama temannya terpaksa mengheret pelampung untuk keluar dari gelongsor berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Taman tema air merupakan salah satu tempat pelancongan yang sering dikunjungi oleh orang ramai.

Malah kunjungan di tempat sebegini kebiasaannya dibanjiri orang ramai apabila tiba hujung minggu dan juga musim percutian sekolah yang panjang.

Gelagat gadis sedang seronok bermain air undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @thekieys yang memaparkan situasi ketika dirinya sedang seronok bermain air di sebuah taman tema dipercayai di Lembah Klang sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, dia ketika itu sedang menaiki satu gelongsor di taman tema air tersebut.

Taman tema tak ada air, gadis terpaksa jalan tarik pelampung keluar

Namun ketika dia sedang seronok melayan pelampung yang meluncur laju di dalam gelongsor itu secara tiba-tiba ia berhenti separuh jalan.

Malah turut kelihatan air yang pada awalnya mengalir laju tiba-tiba tiada dan membuatkan pelampung itu tidak dapat bergerak sehingga ke bahagian bawah.

Sedar dia tidak mempunyai lain, Kieys yang ketika itu bersama seorang lagi teman terpaksa berjalan keluar dari gelongsor berkenaan sambil menarik pelampung mereka.

“Tengah syok main air, tiba-tiba… tersangkut pula dekat tengah.

“Maka berjalan lah kita orang naik atas balik, jauh ya,” katanya dalam video tersebut.

@thekieys

Taman tema air takde air 😰 apeeeniiiii #fyp #waterpark #waterparks

♬ Funny Song – Cavendish Music

Kelihatan pekerja taman tema air datang bantu bawa pelampung

Dalam video itu turut kelihatan mereka kemudian dibantu oleh seorang pekerja taman tema air berkenaan apabila lelaki itu membawa pelampung untuk naik semula ke tempat permulaan gelongsor terbabit.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keadaan yang menimpa gadis itu dan menyatakan mereka tidak dapat membayangkan sekiranya perkara yang sama terjadi di sebuah taman tema air Escape Park di Pulau Pinang.

Untuk makluman, gelongsor Escape Park di Pulau Pinang merupakan gelongsor terpanjang di dunia dengan jarak sebanyak 1.1 KM dan ia mengambil masa selama lima minit untuk sampai ke hujungnya.

‘Pernah kena juga dekat wetworld shah alam sampai tergolek..’

‘Bayangkan tersangkut gelongsor dekat Escape Park Penang sorang-sorang’

‘Aku pernah merasa benda ni dekat Escape Park Penang’

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.