fbpx
Now Reading
Anthony Loke Minta Syarikat Penerbangan Mohon Maaf & Bertanggunjawab Isu Penerbangan ‘Delay’
Anthony Loke minta syarikat penerbangan bertanggungjawab

Anthony Loke Minta Syarikat Penerbangan Mohon Maaf & Bertanggunjawab Isu Penerbangan ‘Delay’

Isu jadual penerbangan ditangguhkan itu turut mendapat perhatian Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke yang meminta agar pihak syarikat untuk memohon maaf kepada pelanggan yang terjejas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial berhubung seorang individu yang meluahkan kekecewaannya atas penangguhan jadual waktu penerbangan dari sebuah syarikat terkemuka.

Jelas individu itu, penerbangannya telah dijadualkan pada jam 11.30 malam untuk ke Kuching, Sarawak, namun sebaik sahaja tiba di lapangan terbang dia kemudian dimaklumkan bahawa penerbangan tersebut ditangguhkan pada jam 2 pagi.

Tangguh sehingga jam 6 pagi, individu luah kekecewaan & minta menteri pengangkutan ambil tindakan

Namun setelah menunggu, penerbangan itu ditangguhkan sekali lagi sehingga jam 6 pagi. Perkara itu juga membuatkan pelanggan tersebut yang dikenali sebagai Mohd Firdaus Jailan kecewa dengan insiden berkenaan.

Dia kemudian membuat ciapan untuk memaklumkan kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke agar mengambil tindakan atas hal tersebut.

Pihak penerbangan tak maklumkan kepada pelanggan

Malah Firdaus turut menyatakan bahawa syarikat berkenaan tidak memaklumkan kepada pelanggan selain tidak menghantar selimut atau bantal kepada mereka yang sudah lama menunggu dalam keadaan lapangan terbang yang sejuk.

“Tak ada hati perut ke nak maklumkan kepada pelanggan, hantar blanket (selimut) atau neck pillow (bantal leher) sekurang-kurangnya. Tangguh dari jam 11 malam ke 6 pagi dalam airport sejuk macam ni?

“Tolonglah elok sikit. Sejuk-sejuk macam ni dari jam 10 malam sehingga 6.30 pagi tanpa sebarang makluman dari pekerja,” ujar Mohd Firdaus.

Anthony Loke sudah hubungi syarikat penerbangan tersebut

Perkara itu kemudian mendapat perhatian menteri berkenaan yang menyatakan bahawa beliau telah menghubungi pihak syarikat penerbangan tersebut.

Menerusi ciapan di Twitter rasmi miliknya, beliau telah meminta agar syarikat berkenaan untuk menghubungi kesemua pelanggan dan memohon maaf serta mengambil tanggungjawab atas hal berlaku.

“Mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” ciapnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.