fbpx

“Orang Baik Ramai Sayang” – Pelajar Menangis Berpisah Dengan Guru Praktikal Buat Ramai Sebak [Video]

Lebih mengharukan, para pelajar itu turut memberikannya pelbagai jenis hadiah sehingga ada yang sanggup menghantar ke rumahnya sebagai kenang-kenangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang pendidik sudah pasti bukannya suatu tanggungjawab yang mudah, terutamanya apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar.

Bagaimanapun, seorang guru yang ikhlas mengajar dan menyayangi pelajarnya sudah pasti akan disukai oleh murid-murid sehingga tidak sanggup menghadapi saat perpisahan.

Pelajar menangis berpisah dengan guru praktikal

Begitulah yang terjadi apabila tular di media sosial para pelajar di sebuah sekolah menengah berasa sedih hingga ada yang menangis di saat mengetahui harus berpisah dengan seorang guru pratikalnya yang mereka sayangi.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @odahsolehah, guru yang juga seorang ustazah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan Mewah itu berkongsi momen-momen pelajarnya menangis di saat hari terakhirnya di sekolah.

Pada masa sama, dia yang cuba menahan dirinya daripada menangis di hadapan pelajar turut mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan perasaan sebak.

“Siapa suruh baik sangat dengan students, kan dah sedih bila nak berpisah. Kononnya nak tunjuk kuat, sekali air mata saya pun tumpas sekali.”

Pelajar bagi pelbagai hadiah, siap ada yang hantar di rumah

Lebih mengharukan, para pelajar itu turut memberikan pelbagai jenis hadiah perpisahan sehingga ada yang sanggup menghantar ke rumahnya sebagai kenang-kenangan.

“Sampai ke rumah ya hantar hadiah perpisahan, Buat game celebrate birthday ustazah, sebab depa (mereka) kata Ustazah selalu buat game waktu PdP (Pengajaran dan Pembelajaran).”

Foto: TikTok/odahsolehah

Dalam perkongsian itu, dia turut berharap agar segala ilmu dan nasihat yang telah dicurahkan olehnya sentiasa kekal di ingatan dan hati para pelajar tersebut.

“Orang agama yang baik, disayangi ramai” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan guru praktikal tersebut sebagai seorang guru yang baik kerana disayangi pelajar.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.