fbpx
Now Reading
“Bola Sepak Ada Peraturan, Jika Langgar Akan Dihukum” – Ketua Jurulatih Vietnam

“Bola Sepak Ada Peraturan, Jika Langgar Akan Dihukum” – Ketua Jurulatih Vietnam

Menurut Ketua Jurulatih Vietnam itu, bola sepak adalah sukan yang mempunyai peraturan dan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan akan dihukum.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam, nama pengadil perlawanan, Ryuji Sato menjadi bualan hangat para peminat bola sepak Malaysia selepas keputusan pengadil tersebut yang dianggap tidak masuk akal memberi sepakan penalti kepada Vietnam.

Hal ini susulan keputusan pengadil berkenaan yang dianggap tidak masuk akal apabila memberi sepakan penalti kepada Vietnam, ketika aksi Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, semalam (27 Disember).

Pada masa sama, Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo pula memberi gambaran bahawa Malaysia tiada alasan untuk mempertikai terhadap keputusan pengadil itu.

Bola sepak ada peraturan, pemain yang lakukan kesalahan akan dihukum

Tegas beliau, bola sepak adalah sukan yang mempunyai peraturan dan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan akan dihukum.

“Bola sepak adalah sukan di mana kami perlu lakukan apa yang boleh untuk menang, tapi bola sepak juga ada peraturan. Jadi, jika melanggar peraturan, anda akan dihukum,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Vietnam mengekalkan rekod tanpa kalah berdepan Malaysia apabila mencipta kemenangan 3-0 dalam aksi Kumpulan B sekaligus merampas kedudukan teratas.

Kontroversi yang sama pernah berlaku tahun lalu

Terdahulu, kontroversi yang sama pernah berlaku pada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai pada Jun Tahun 2021.

Hal ini susulan pengadil berkenaan menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam ketika perlawanan minit sebelum wisel penamat ditiup.

Keputusan itu sekali gus meranapkan harapan skuad Harimau Malaya untuk melangkah ke pusingan seterusnya pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 apabila mengakhiri saingan di kedudukan keempat kumpulan G.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.