fbpx
Now Reading
Insiden Di Karak: Elak Kenderaan Ubah Haluan Jadi Punca Motosikal Berkuasa Tinggi Terlibat Kemalangan
5 superbike kemalangan

Insiden Di Karak: Elak Kenderaan Ubah Haluan Jadi Punca Motosikal Berkuasa Tinggi Terlibat Kemalangan

Menurut Ketua Polis Gombak, semua penunggang motosikal berkuasa tinggi itu dilaporkan mengalami kecedaraan di bahagian kepala dan badan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (27 Disember), tular di media sosial tentang satu kemalangan jalan raya yang membabitkan lima buah motosikal berkuasa tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak, Gombak.

Insiden kemalangan yang berlaku pada jam 1.45 tengah hari itu secara tidak langsung telah menyebabkan lorong kanan di lebuh raya berkenaan terhalang.

Namun difahamkan ia tidak meragut nyawa kesemua penunggang dan dilaporkan mengalami kecederaan.

Baca artikel berkaitan: [Video] 5 Motosikal Jenis ‘Superbike’ Kemalangan Di Karak

Elak dari kenderaan ubah laluan punca penunggang motosikal terbabas

Terbaharu, pihak polis memaklumkan kemalangan dipercayai berlaku ketika semua penunggang motosikal berkuasa tinggi itu hilang kawalan semasa mahu mengelak dari kenderaan yang mengubah laluan dan menyebabkan mereka terbabas di kilometer 26.4 lebuh raya Karak dari arah Genting menghala ke Gombak.

Ketua Polis Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed menyatakan, pihaknya telah menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari.

Jenis dan nombor pendaftaran kenderaan berkenaan tidak dapat dikenalpasti

Ujarnya, hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua penunggang motosikal adalah lelaki yang berusia dalam lingkungan 35 tahun hingga 58 tahun.

“Kemalangan dipercayai berlaku semasa kesemua penunggang motosikal berkuasa tinggi dari arah Genting dipercayai telah hilang kawalan akibat terdapat sebuah kereta nombor pendaftaran dan jenis tidak pasti telah mengubah haluan masuk ke lorong motosikal menyebabkannya terbabas ke lorong kanan jalan.

“Empat lagi penunggang motosikal turut terbabas di atas jalan akibat daripada mengelak penunggang motosikal yang jatuh tersebut.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, kesemua penunggang motosikal telah mengalami kecederaan di bahagian kepala dan beberapa bahagian badan yang lain,” katanya.

Kesemua mangsa dirawat di Hospital Selayang

Jelasnya, kesemua mangsa telah dibawa oleh ambulan dan menerima rawatan di Zon Merah dan Kuning di Hospital Selayang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987. Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Insp Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017 664 5812 atau 03 6126 2222.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.