fbpx
Now Reading
Piala AFF 2022: Subkhiddin Beri Pandangan Malaysia Wajar Diberikan Sepakan Percuma
Subkhiddin Mohd Salleh

Piala AFF 2022: Subkhiddin Beri Pandangan Malaysia Wajar Diberikan Sepakan Percuma

Jelasnya pemain Vietnam, Van Hau dilihat melakukan cabaran melulu kepada pemain Malaysia dan dia patut dipersalahkan terlebih dahulu kerana bola masih dalam permainan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam (27 Disember), hangat di media sosial apabila ramai peminat bola sepak Malaysia meluahkan rasa kekecewa apabila pengadil memberikan sepakan penalti kepada pihak lawan, Vietnam bagi pertandingan Piala AFF 2022 di Stadium My Dinh, Hanoi.

Malah Ketua Jurulatih Vietnam, Park Hang Seo dalam masa sama turut menyatakan bahawa Malaysia tidak mempunyai alasan bagi mempertikaikan keputusan yang dilakukan oleh pengadil berkenaan.

Baca artikel berkaitan: “Bola Sepak Ada Peraturan, Jika Langgar Akan Dihukum” – Ketua Jurulatih Vietnam

Malaysia wajar diberikan sepakan percuma

Terbaharu bekas pengadil kebangsaan, Subkhiddin Mohd Salleh menyatakan bahawa Malaysia wajar untuk diberikan sepakan percuma dan keputusan memberikan sepakan penalti terhadap pihak lawan adalah tidak patut dalam aksi saingan Kumpulan B yang berlangsung semalam (27 Disember).

Memetik laporan Bernama, Subkhiddin menjelaskan bahawa Ryuji Sato hendaklah melihat kepada kesalahan pertama dilakukan oleh Doan Van Hau yang bertindak menolak Muhammad Azam Azmi Murad ketika minit ke- 59 semasa tonggak pertahanan pasukan itu ingin mengeluarkan bola dari dalam kawasan bahaya Malaysia.

Katanya, jika ia berlaku di luar padang dan bola masih dalam permainan, pengadil hendaklah memulakan permainan semula serta memberikan sepakan percuma atau sekiranya berlaku di kawasan berhampiran garisan gol dan berhampiran atau sempadan kawasan penalti maka sepakan penalti perlu diberikan.

“Namun, pemain Vietnam dilihat melakukan satu reckless challenge (cabaran melulu) terhadap pemain Malaysia dan dia (Van Hau) sepatutnya dipersalahkan terlebih dahulu kerana bola masih dalam permainan… pada pandangan saya pengadil perlu memberikan sepakan percuma kepada pasukan Malaysia,” ujarnya kepada Bernama.

Situasi hangat apabila Vietnam diberikan sepakan penalti

Kontroversi itu berlaku selepas Sato memberikan sepakan penalti kepada pasukan Vietnam selain turut melayangkan kad merah terhadap Muhammad Azam ketika minit ke-62 apabila pengadil berkenaan mendakwa pemain tersebut telah membuat kekasaran pada Van Hau semasa berada di luar padang.

Peluang digunakan Vietnam untuk jaringkan gol ke 3

Maka peluang keemasan tersebut digunakan oleh Que Ngoc Hai untuk menggandakan jaringan gol menerusi sepakan penalti sebelum Nguyen Hoang Duc pula menghasilkan gol terakhir pada minit ke-83 sekaligus memperoleh kemenangan 3-0.

Beliau yang juga merupakan antara tenaga pengajar teknikal Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memaklumkan kad merah patut diberikan kepada Muhammad Azam apabila beliau dilihat membuat serangan balas selepas ‘dirempuh’ oleh pasukan lawan, Van Hau.

“Tindakan retaliation (balas dendam) atau tindak balas boleh dikenakan kad merah namun perlawanan perlu dimulakan semula berdasarkan kesalahan pertama pemain tuan rumah,” jelasnya lagi.

Harap skuad negara segera bangkit menentang Singapura

Subkhiddin dalam pada itu, turut berharap agar pasukan skuad negara yang dikendalikan oleh Kim Pan Gon segera bangkit semula dan melupakan episod buruk itu untuk bertemu Singapura bagi aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari depan.

Kerana ini akan melayakkan pasukan berkenaanuntuk ke separuh akhir kejohanan dilabel Piala Dunia Asean.

Tak mahu Malaysia bersedih dengan kekalahan Vietnam

Ujarnya, pemain tidak usah bersedih dengan kekalahan menentang Vietnam dan beliau ingin melihat skuad negara terus bermain berpandukan taktikal oleh pengendali dari Korea Selatan dalam pertembungan ‘Causeway Derby’ selepas ini.

Untuk makluman Malaysia kini menduduki tangga kedua selepas berjaya mengumpul enam mata manakala tangga ketiga diikuti oleh Singapura, namun Myanmar serta Laos tercorot apabila gagal mendapatkan sebarang mata dari perlawanannya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.