fbpx
Now Reading
Ramai Kecam Tindakan Lelaki Buka Pintu Tiba-Tiba Di Tengah Jalan Hingga Menyebabkan Rider Kemalangan [Video]
pemandu buka pintu tiba-tiba

Ramai Kecam Tindakan Lelaki Buka Pintu Tiba-Tiba Di Tengah Jalan Hingga Menyebabkan Rider Kemalangan [Video]

Tindakan pemandu yang secara tiba-tiba membuka pintu ketika berada di tengah jalan itu turut dikecam oleh orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kemalangan jalan raya merupakan satu perkara yang tidak dapat dijangka bila ia akan berlaku.

Oleh itu, kita sentiasa dinasihatkan untuk berhati-hati ketika berada di jalan raya. Malah di masa kini pemasangan kamera dashcam sangat digalakkan kerana ia boleh menjadi bahan bukti sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

Kenderaan punca rider jatuh kerana buka pintu secara ketika di tengah jalan

Baru-baru ini, tular satu rakaman dashcam di media sosial memaparkan keadaan sebuah kenderaan jenis Proton yang telah menyebabkan kemalangan kepada seorang ‘rider’ dipercayai berdekatan Damen Mall di USJ, Selangor.

Menerusi video dikongsikan oleh Kok Ling Wai di laman grup Facebook Dashcam Owner Malaysia kelihatan kenderaan berwarna kelabu itu berhenti di lorong tengah jalan raya ketika lampu isyarat berwarna merah.

Tidak lama kemudian datang sebuah motosikal yang ditunggang oleh rider berkenaan melalui laluan tersebut namun secara tiba-tiba pemandu kenderaan itu membuka pintunya dan menyebabkan dia jatuh di atas jalan raya.

Cuba bantu alihkan motosikal rider

Pemandu itu kemudian keluar dan cuba membantu rider berkenaan untuk mengalihkan motosikalnya, turut kelihatan rider berkenaan berjalan dalam keadaan terenjut-enjut mungkin kerana menahan sakit dari kemalangan itu.

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengecam tindakan pemandu tersebut yang disifatkan tidak wajar kerana ingin membuka pintu ketika berada di tengah jalan.

‘Yang aku tak faham kenapa tengah jalan kau nak buka pintu kenapa tak tengok cermin sisi’

‘Aduh kesian rider…’

‘Kesian motor sakitnya dia.’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.