Lelaki Ini Kongsi 4 Jenis Iklan Kerja Tipu & Cara Untuk ‘Detect’ Supaya Elak Jadi Mangsa Scam
Jika anda diminta untuk membuat sebarang pembayaran, anda dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ia adalah salah satu signal itu adalah iklan kerja palsu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Tidak dinafikan mencari peluang kerja bukanlah suatu perkara yang mudah. Malah para graduan hari ini terpaksa bersaing dengan ramai lagi calon yang berkebolehan di luar sana.
Demi mendapatkan wang untuk kelangsungan hidup apa sahaja pekerjaan sanggup dilakukan asal ia adalah halal dan dapat memberi manfaat kepada kerjaya yang sedang dibina.
Namun, kita juga sering terbaca kisah segelintir masyarakat yang menjadi mangsa kepada iklan kerja palsu sehingga melibatkan kerugian puluhan ribu ringgit.
Sudahlah tidak mempunyai kerja, duit pula habis disapu oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa contoh jenis iklan kerja palsu yang perlu anda ketahui agar tidak terjerumus dalam modus operandi mereka.
Perkara ini turut dikongsikan oleh pengguna Twitter iaitu Nik Akmal yang juga terkenal sebagai individu yang sering berkongsi tentang tip dan teknik mencari kerja.
Menerusi ciapan itu dia telah berkongsi tentang beberapa faktor dan cara untuk mengenal pasti iklan kerja palsu atau scam.
Tanpa berlengah lagi, jom kami kongsikan kepada anda.
4 contoh iklan kerja palsu atau scam
- Minta individu atau pemohon (anda) membayar dahulu duit sebagai alasan untuk yuran pemprosesan, pemeriksaan (check-up), yuran pentadbiran serta banyak lagi. Malah mereka juga turut menyatakan akan memulangkan semula wang anda.
- Menyatakan bealrighkerja di satu talian online sebagai contoh Zalora, Shopee untuk ‘awareness’ dan meminta anda membeli produk mereka dan akan dibayar berserta komisyen.
- Mengiklankan kerja A berserta gaji sebagai contoh RM5,000 berserta elaun dan bonus, namun apabila temuduga atau kerja anda hanya diberi gaji kurang dari itu dan melakukan kerja lain.
- Mengiklankan kerja dengan gaji yang tinggi namun menurunkannya dengan alasan calon tidak layak atau menyatakan syarikat mempunyai bajet yang terhad.
Namun menurutnya terdapat beberapa faktor ramai yang tertipu dengan iklan kerja ini antaranya adalah kos sara hidup yang tinggi membuatkan ramai terdesak untuk mempunya kerja dengan gaji lumayan, peluang kerja tidak cukup terutama kepada graduan, dan kurang kesedaran.
Bagi membantu anda yang sedang mencari kerja agar tidak tertipu dengan iklan tersebut ini terdapat beberapa cara untuk mengenal pastinya.
6 cara kenal pasti iklan kerja palsu atau scam
- Minta bayar dulu untuk apa-apa perkara.
- Iklan tidak memiliki informasi yang lengkap berkenaan deskripsi kerja atau syarikat.
- Mempunyai banyak kesalahan ejaan pada iklan
- Memakai email rasmi syarikat.
- Menawarkan gaji lumayan tetapi kerja yang mudah.
- Sumber komisyen yang tidak logik seperti membeli barangan dan dapat komisyen.
Sekiranya anda menjadi mangsa dan terlibat dengan penipuan ini anda juga boleh membuat beberapa tindakan seperti membuat laporan polis serta lapor kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Berdasarkan laporan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa seperti melakukan tindakan proaktif dengan mengadakan operasi tertentu atau kempen bagi menyedarkan masyarakat.