“Sedihnya”- Tular Video Kanak-Kanak Sambut Hari Jadi Pertama Sebelum Ibu Meninggal Dunia Buat Ramai Sebak
Siapa sangka ternyata sambutan itu adalah yang pertama dan terakhir buat Yusuf bersama arwah ibu. Semoga si kecil ini membesar menjadi anak yang soleh hendaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Sambutan hari jadi merupakan satu perkara yang sangat penting buat seorang ibu, terutamanya kepada anak kecil yang sedang membesar.
Adakalanya apabila tiba sahaja hari jadi si kecil pasti ibulah antara insan yang paling gembira untuk membuat persiapan bagi meraikan hari istimewa anaknya.
Kanak-kanak sambut hari jadi bersama ibu undang perhatian ramai
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial dikongsikan oleh @Sour_Candy memaparkan sambutan hari jadi seorang kanak-kanak yang baru sahaja kehilangan seorang ibu hingga membuatkan ramai tersentuh.
Menerusi video tersebut, wanita itu menyatakan bahawa kanak-kanak yang dikenali sebagai Haider Yusuf itu baru sahaja menyambut ulang tahun pertamanya bersama dengan ibu dan bapanya.
Namun siapa sangka ternyata majlis hari jadi itu rupanya adalah sambutan yang pertama dan terakhir buat si kecil ini bersama dengan ibu tersayang.
Ini kerana menurut wanita itu dia memaklumkan bahawa ibu Yusuf telah meninggal dunia sehari selepas sambutan itu diraikan.
Muat naik beberapa momen manis ketika sambutan hari jadi Yusuf
Wanita itu turut memuat naik beberapa video yang menunjukkan kemeriahan sambutan hari jadi itu dan juga saat-saat akhir ibu Yusuf sebelum dikebumikan.
Arwah ibu turut kongsi kegembiraan sambut hari lahir anak di Facebook
Apa yang lebih menyedihkan, kegembiraan menyambut hari jadi Yusuf itu turut dikongsikan oleh ibunya di dalam laman Facebook dengan ucapan yang cukup menyentuh hati.
“Alahamdulillah selesai dah majlis, terima kasih banyak kepada keluarga yang ada banyak tolong dan menjayakan majlis.
“Barakallah Fii Umrik Haider Yusuf, semoga menjadi anak yang soleh, anak yang bijak pandai, anak yang taat kepada kedua orang tua, disenangi ramai orang, diberikan kesihatan tubuh badan amin ya rabb,” ucapnya.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang tersentuh dengan perkongsian itu dan mendoakan agar ibu Yusuf ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
‘Allhuakbar.. saya seorang ibu.. anak lelaki sebaya Yusuf, sangat tersentuh’