Ini Rupanya Sebab Singapura Haramkan ‘Chewing Gum’ Di Negara Itu [Video]
Gula-gula getah diharamkan di Singapura di bawah Peraturan-Peraturan Import dan Eksport (Chewing Gum).
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Walaupun jarak di antara negara Malaysia dan Singapura tidak terlalu jauh, namun perbezaan undang-undang di antara kedua-dua negara ini amatlah berbeza.
Sebahagian besar perkara yang boleh dilakukan di Malaysia sebenarnya menjadi kesalahan jika dilakukan di negara Singapura.
Sebagai contoh, sehingga hari ini masih ramai di antara kita yang tidak mengetahui bahawa republik itu telah mengharamkan gula-gula getah (chewing gum) yang mana tidak menjadi kesalahan di negara ini.
Tidak hanya itu, kebanyakkan orang juga tidak mengetahui sebab mengapa chewing gum diharamkan di Singapura.
Oleh itu, seorang Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura, Josephine Teo menceritakan sejarah mengapa gula-gula getah diharamkan di Singapura dalam satu sesi podcast.
Pengharaman Chewing gum di Singapura sejak 1992
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @joshualimkopi, Menteri Singapura itu berkata pengharaman gula-gula getah yang dikenakan di negara itu mula dikuatkuasakan sejak tahun 1992 lagi.
Kata Josephine, segalanya bermula sekitar tahun 1991 dimana waktu itu negara tersebut baru sahaja mempunyai perkhidmatan Mass Rapid Transit (MRT) yang merupakan salah satu pengangkutan awam yang efisyen dan pantas.
Pintu MRT tak dapat tutup sebab chewing gum
Bagaimanapun, pada waktu itu terdapat satu insiden yang terjadi di mana pintu MRT tersebut tidak dapat ditutup menyebabkan keseluruhan operasi tergendala.
Setelah siasatan dilakukan, ternyata terdapat gula-gula getah yang dilekatkan di bahagian sensor pintu MRT oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Sejak dari itu, Kerajaan Singapura memandang lebih serius terhadap isu gula-gula getah di negara tersebut.
Singapura haramkan chewing gum di bawah Peraturan-Peraturan Import dan Eksport
Untuk info, menurut HistorySG, gula-gula getah diharamkan di Singapura di bawah Peraturan-Peraturan Import dan Eksport (Chewing Gum) yang mana larangan itu merangkumi semua jenis chewing gum yang berasal dari sayur-sayuran atau sintetik seperti gula-gula getah dan gula-gula getah pergigian.
Bagi yang didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman denda yang tinggi dan kemungkinan dipenjara bagi mereka yang ditangkap mengimport, menjual atau mengeluarkan gula-gula getah.