fbpx
Now Reading
‘Kau Duduk Rumah Bukan Buat Apa Pun’ – Suri Rumah Luah Rasa Kecil Hati Diperli Ibu Sendiri [Video]

‘Kau Duduk Rumah Bukan Buat Apa Pun’ – Suri Rumah Luah Rasa Kecil Hati Diperli Ibu Sendiri [Video]

Lebih menyedihkan, wanita itu berkata setiap kali dia keluar bersama keluarga, ibunya pasti akan mengeluarkan kata-kata seperti merendahkan dirinya sebagai seorang suri rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang wanita yang menggalas tanggungjawab menjadi suri rumah sepenuh masa pasti bukannya sesuatu yang mudah.

Tugas mereka ini bagaikan tiada waktu rehat, dari terbitnya matahari sehinggalah waktu malam ada sahaja urusan yang perlu dilakukan demi menguruskan keluarga.

Namun, segelintir masyarakat pada hari ini seringkali memandang rendah terhadap suri rumah hanya kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa di rumah dan tidak bekerja.

Wanita kongsi cerita diperlekehkan oleh ibu sendiri

Begitulah yang terjadi pada seorang wanita ini apabila dia berkongsi mengenai kisah dirinya yang diperlekeh oleh ibu kandungnya kerana hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.

Menerusi hantaran klip video sedutan rancangan ‘Wanita Hari Ini’ yang dimuat naik di laman TikTok, wanita itu berasa amat kecik hati dengan persepsi ibu sendiri terhadap dirinya.

Difahamkan, wanita tersebut sudah menjadi suri rumah sepenuh masa selama lapan tahun.

Ibu bagi kata-kata menyakitkan hati setiap kali keluar bersama

Lebih menyedihkan, wanita itu berkata setiap kali dia keluar bersama keluarga, ibunya pasti akan mengeluarkan kata-kata seperti merendahkan dirinya sebagai seorang suri rumah.

“Setiap kali keluar dengan adik beradik dan mak, bila mereka beli baju cantik-cantik, saya pun tengok juga baju tu dengan niat nak beli bukannya pakai duit diorang pun.

“Tapi mesti mak saya cakap ‘Buat apa kau nak beli baju baru? Kau bukannya bekerja.’ Kat situ dah buat saya kecik hati,” katanya.

Suri rumah takda hak nak beli baju dan berhias?

Kata-kata daripada ibunya itu membuatkan wanita tersebut berfikir adakah seorang suri rumah tidak mempunyai hak untuk membeli pakaian dan berhias?

Wanita itu juga berkata ibunya kerap memerli konon dirinya hanya duduk di rumah dan tidak berbuat apa-apa.

“Kadang-kadang dia perli ‘Kau duduk rumah bukan buat apa pun’ hmm saya betul-betul terasa hati.”

“Jadi suri rumah lagi penat dari bekerja” – Netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memahami perasaan wanita tersebut malah mereka turut berkongsi pengalaman yang dilalui oleh mereka sebagai suri rumah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.