fbpx
Now Reading
Kes Letupan Di Pandan Indah: Saksi Dengar Suara Minta Tolong Sebelum Lihat Mangsa Berlumuran Darah
kejadian letupan di Pandan Indah

Kes Letupan Di Pandan Indah: Saksi Dengar Suara Minta Tolong Sebelum Lihat Mangsa Berlumuran Darah

Menurut saksi sebelum melihat mangsa berlumuran darah pada awalnya dia terdengar bunyi letupan ketika singgah di sebuah stesen minyak berdekatan tempat kejadian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang kes seorang tukang masak yang meninggal dunia disebabkan terkena letupan dari bungkusan yang diletakkan di atas kenderaan miliknya di hadapan sebuah Restoran di Pandan Indah, Ampang Jaya pada 29 Disember lalu.

Mangsa yang berusia 28 tahun itu kemudian dilaporkan mengalami kecederaan yang serius pada bahagian tubuh badan serta tangan dan disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Ampang.

Saksi dengar bunyi jeritan minta tolong ketika letupan berlaku

Terbaharu, saksi yang dikenali sebagai Ahmad berusia 41 tahun memaklumkan bahawa semasa kejadian dia terdengar suara mangsa menjerit meminta tolong.

“Saya terdengar mangsa menjerit meminta tolong dalam keadaan tubuh badan dipenuhi darah,” ujarnya.

Memetik laporan Harian Metro, Ahmad dalam insiden yang berlaku pada jam lebih kurang 8.45 malam itu dia sedang dalam perjalanan untuk mengambil anaknya di rumah keluarga mertua yang terletak di Taman Bunga Matahari, Pandan Indah, Ampang.

Singgah stesen minyak sebelum dengar bunyi letupan

Namun sebelum sampai ke rumah mertua dia singgah ke sebuah stesen minyak yang terletak sekitar 200 meter dari tempat kejadian sebelum terdengar bunyi letupan.

“Bunyi letupan itu sangat kuat sehingga telinga saya berdengung. Saya terus bergegas ke lokasi sebelum menemui mangsa yang meminta tolong dalam keadaan berlumuran darah.

“Saya bersama orang awam yang lain membantu mengangkat mangsa dan membawanya masuk ke sebuah kereta untuk dibawa ke Hospital Ampang,” jelasnya ketika dihubungi media.

Hubungi polis maklum kejadian, terima panggilan minta ambil bungkusan

Ujarnya, sejurus berlaku kejadian itu dia kemudian menghubungi Balai Polis Pandan Indah untuk melaporkan perkara tersebut.

“Berdasarkan maklumat orang awam di lokasi, mereka memaklumkan terdapat serpihan letupan mengandungi bateri, belerang, pisau dan power bank (pengecas mudah alih).

“Saya dimaklumkan oleh pekerja restoran berkenaan bahawa mangsa ada menerima panggilan telefon memintanya mengambil barang di luar (restoran berkenaan) beberapa minit sebelum kejadian,” katanya lagi.

Tinjauan keadaan di lokasi kejadian pada hari ini mendapati beberapa kedai berdekatan restoran terbabit juga ditutup dan dikelilingi dengan tali pita oleh pihak polis.

Malah pagi tadi Pasukan Forensik Polis Diraja Malaysia juga berada di tempat kejadian.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.