Lafaz Nikah Bahasa Jepun, Lelaki Ini Siap Beri Mas Kahwin Guna Duit Yen Buat Ramai Teruja [Video]

Umum mengetahui, antara syarat sah bagi sebuah perkahwinan adalah lafaz akad nikah.

Jika di Malaysia, kebiasaannya kita mendengar lafaz itu dinyatakan dengan menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Malaysia.

Selain Bahasa Malaysia ada juga yang melafazkannya dalam Bahasa Inggeris bagi mereka yang tidak boleh berkomunikasi dengan bahasa rasmi itu tetapi ia bukanlah sesuatu perkara yang luar biasa.

Lafaz nikah guna Bahasa Jepun undang perhatian ramai

Namun berbeza dengan pasangan ini apabila lafaz akad nikah mereka disebut dengan menggunakan Bahasa Jepun sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dikongsikan oleh Ajwad Azizan memaparkan situasi ketika adik perempuannya sedang bernikah bersama dengan pasangan yang berasal dari negara Jepun.

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki yang dikenali sebagai Yoshiki sedang bersalaman dengan bapa pengantin perempuan sambil melafazkan akad dengan menggunakan Bahasa Jepun menandakan bahawa dia menerima wanita berkenaan sebagai isterinya.

Abang ipar pandai cakap Jepun jadi ‘translator’ dan saksi ketika akad nikah

Tidak lama kemudian salah seorang yang dipercayai abang ipar kepada pengantin perempuan itu telah menyambut lafaz berkenaan dengan menterjemahkannya semula dengan menggunakan Bahasa Melayu.

“Nikah dengan orang Jepun akad kena ada translator (penterjemah bahasa). Abang ipar dua orang pandai cakap jepun, sorang terjemah sorang lagi jadi saksi,” kata Ajwad.

@ajwadazizan

Alhamdulillah selesai pernikahan Yoshiki dan adik, semoga sampai ke syurga amiin. #nikah #jepun #japan #kahwin #fyp

♬ original sound – Ajwad Azizan – Ajwad Azizan

Bagi mas kahwin guna duit Yen

Apa yang lebih menarik, Yoshiki turut memberikan mas kahwin dengan menggunakan wang dari negara matahari terbit itu.

Ketika ditanya bagaimanakah adiknya berkenalan dengan lelaki jepun tersebut, Ajwad menjawab pengantin perempuan itu bekerja di sana.

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan penyatuan individu dari dua negara itu sehingga ada yang berkata mereka juga ingin mencari pasangan dari negara Jepun.

‘Penyatuan dua hati walau negara berbeza, tahniah’

‘Mas kahwin duit jepun’

‘Lepas ni saya kawin dengan orang Jepun’

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

1 hour ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

8 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago