fbpx
Now Reading
Selangor Bakal Kuat Kuasa Pemakaian Pelitup Muka Pengendali Makanan Mulai Januari 2023
Penguatkuasaan pelitup muka

Selangor Bakal Kuat Kuasa Pemakaian Pelitup Muka Pengendali Makanan Mulai Januari 2023

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memaklumkan bahawa apabila pengendali makanan memakai pelitup muka ia dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan terhadap kebersihan makanan tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pemakaian pelitup muka pada masa kini bukanlah suatu perkara yang janggal lagi terutama sejak tersebarnya virus Covid-19 yang melanda dunia.

Malah ramai yang lebih memilih untuk terus menggunakannya ketika berada di tempat awam sebagai langkah untuk berjaga-jaga dari sebarang virus.

Pelaksanaan pemakaian pelitup muka mulai Januari depan

Terbaharu, Selangor bakal melakukan penguatkuasaan penggunaan pelitup muka secara berperingkat terhadap golongan penyedia dan pengendali makanan serta minuman.

Walau bagaimanapun, kesemua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri berkenaan disarankan untuk mengaplikasikan penggunaan pelitup muka tersebut di kawasan pentadbiran mereka bermula dari sekarang.

Tempoh 1-3 bulan pertama sebagai proses mendidik

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, bagi tempoh satu ke tiga bulan yang pertama pemakaian berkenaan adalah lebih kepada proses untuk mendidik sebelum ia diwajibkan secara total.

“(Belum dikuatkuasakan).. sebab kita perlu melakukan beberapa pertambahan dalam Undang-Undang Kecil (UUK) sebab ia membabitkan UUK di peringkat PBT.. jadi kalau hendak laksanakan, kena ada pelarasan.

“Sekarang, kita melihat ada kepentingan kesihatan awam jika (penyedia dan pengendali makanan) memakai pelitup muka.

“Jadi pihak PBT cuba untuk (laksana) pendekatan secara perlahan-lahan.. mungkin pendekatan ini dibuat sebelum melaksanakan undang-undang supaya kompaun atau peraturan tertentu boleh dibuat kelak,” ujarnya.

Cara tingkatkan kebersihan penyediaan makanan

Menteri Besar itu turut mengulas tentang kenyataan dikeluarkan Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kajang yang ingin melaksanakan peraturan berkenaan bermula 1 Januari depan adalah sebagai usaha untuk meningkatkan kebersihan penyediaan makanan.

Ulasnya lagi, selain mahu menangani pandemik Covid-19, pendekatan dilakukan oleh PBT ini dapat memberikan keyakinan terhadap pelanggan semasa proses menyedia dan menghidang makanan dilakukan.

“Pandemik Covid-19 adalah salah satu contohnya tetapi benda-benda lain juga boleh tersebar, sebab tu kita galakkan pemakaian pelitup muka perlahan-lahan diterapkan.

“Dengan melihat mereka yang menghidang dan menyediakan makanan memakai pelitup muka.. keyakinan serta kebersihan terhadap makanan lebih tinggi.

“Kita juga hendak elak bukan sahaja pandemik Covid-19 tetapi isu keracunan, juga faktor lain yang melibatkan kesihatan awam,” jelas Menteri Besar itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.