fbpx
Now Reading
Nak Bercuti Di Private Island? Wanita Kongsi Pengalaman Naik Feri Dari Johor Bharu Ke Pulau Bintan, Indonesia [Video]
Pulai Bintan

Nak Bercuti Di Private Island? Wanita Kongsi Pengalaman Naik Feri Dari Johor Bharu Ke Pulau Bintan, Indonesia [Video]

Apa yang menarik jika ke Pulau Bintan anda juga dapat melawati ke Crystal Blue Lagoon yang merupakan kolam renang terpanjang di asia selain dapat menikmati pemandangan air biru di Gurun Pasir dan Danau Biru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang percutian sudah tentu di fikiran anda semua telah membayangkan satu destinasi yang sudah lama ingin dikunjungi.

Ada yang gemarkan suasana di bandar dan ada juga yang lebih memilih pulau yang tenang dan indah dengan pemandangan laut yang biru.

Wanita kongsi percutian ke Pulau Bintan dengan menaiki Feri dari Johor Bharu

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh House Genius yang memaparkan momen indah keluarga ini bercuti ke Pulau Bintan di Indonesia dengan hanya menggunakan feri dari Johor Bharu.

Malah perkongsian wanita itu turut menarik perhatian ramai sehingga ia turut dikongsikan oleh Twitter @TikTokBerguna.

Menerusi video tersebut, wanita yang dikenali sebagai Sakinah itu menyatakan perjalanan ke Tanjung Pinang, Indonesia hanya memakan masa selama tiga jam sahaja.

Untuk ke pulau tersebut dengan menaiki Feri, anda perlu membeli tiket secara atas talian dari Stulang Laut ke Tanjung Pinang yang berharga RM151 (sehala) di laman sesawang Berjaya Waterfront.

Bagi mereka yang membawa kenderaan anda juga boleh meletakkan kereta di parkir yang sediakan dengan bayaran RM5/ per day (satu hari).

Kemudahan yang disediakan oleh Feri ke Tanjung Pinang selesa

Jelasnya lagi, kemudahan yang disediakan di dalam Feri untuk ke Tanjung Pinang adalah sangat selesa dan juga sejuk malah dia turut meminta agar orang ramai untuk membawa snek sambil menanti sampai ke destinasi yang dituju.

Ketika di dalam feri, pelancong turut akan diberikan satu borang tentang maklumat vaksin anda.

Wanita itu kemudian berjalan untuk menuju ke hotel yang terletak lima minit sahaja dari perlabuhan jeti dan menginap di Nite & Day Hotel yang berharga RM132 untuk satu malam.

Nasihatkan orang ramai hati-hati dengan ulat tiket

Dia dalam masa sama turut meminta agar orang ramai berhati-hati agar tidak tertipu dengan si ulat tiket dan menyarankan untuk menggunakan Gojek atau Go Car untuk ke destinasi yang ingin ditujui.

Katanya dia turut berkesempatan untuk menikmati makanan di Restoran Ayam Taliwang dan satay padang yang sudah lama diidamkan.

Sewa kenderaan dari Tanjung Pinang ke Pulau Bintan

Pada keesokan harinya pula, Sakinah kemudian menyewa sebuah kenderaan dari Tanjung Pinang ke Pulau Bintan yang berharga RM114 dan perjalanan mengambil masa selama satu jam 30 minit.

Dia dan keluarga kemudian menginap di Pulau Indah Villa yang berharga RM1000 untuk satu malam berserta sarapan pagi.

Apa yang lebih menarik, kawasan vila berkenaan sangat cantik dan turut dilengkapi dengan kemudahan seperti tub mandi, kolam renang dan suasana yang sangat mewah.

Malah dari pulau ini juga anda boleh lihat Johor Bharu tau!

Crystal Blue lagoon kolam renang terpanjang di asia

Jelasnya Pulau Bintan ini terkenal dengan Crystal Blue Lagoon yang terletak di Treasure Bay iaitu kolam renang yang terpanjang di asia dan tiket untuk ke lokasi berkenaan hanyalah bernilai RM35.

Namun bagi mereka yang mahukan aktiviti air bayaran perlulah ditambah berdasarkan pakej yang disediakan.

“Macam Kinah hanya tambah RM20 untuk main kayak, slip & slide serta bull ride,” katanya.

Namun sekiranya anda tidak mahu mengambil sebarang pakej juga tidak mengapa kerana boleh menikmati pemandangan kolam renang sepanjang 1 km di situ.

Sakinah turut meminta orang ramai yang ingin ke Pulau Bintan agar menyediakan wang tunai yang lebih memandangkan harga makanan dan barangan di sana sedikit mahal berbanding Batam dan Tanjung Pinang.

Selesai di Crystal Blue Lagoon, Sakinah kemudian berkunjung ke Gurun Pasir dan Danau Biru Kawal untuk melihat air biru yang sangat cantik dan sesuai bagi mereka yang instagramable.

Tiket untuk ke lokasi ini hanya bernilai RM14 sahaja, jika bernasib baik anda juga berpeluang untuk melihat burung helang secara dekat.

@housegeniusofficial

Replying to @Zakiah Binti Abdul R Pulau Bintan ni sangat sangat cantik, sesuai utk org yang nak rehat sambil healing gitu. Banyak hidden gem & makanan yang sedap bethol 😭✨🇮🇩❤️ #pulauindah #bintanisland #indonesia #ferry #johorbharu

♬ Buah Hati – Armada

Dalam satu lagi video, Sakinah turut menunjukkan cara untuk pulang ke Malaysia menggunakan dua cara iaitu pelancong masuk ke Singapura dan pulang ke Johor Bharu dengan menaiki teksi.

Manakala cara kedua pula adalah ada perlu menaiki bot laju dan feri untuk pulang ke Malaysia seperti dari Telaga Punggur > Tanjung Umban> Batam center> Johor Bharu.

Total kos bagi perjalan selama empat hari tiga malam di Tanjung Pinang dan Pulau Bintan ini adalah sebanyak RM3,800 termasuk transport, makan, hotel penginapan dan juga membeli belah.

@housegeniusofficial

Replying to @haryani total spend dalam RM3.8K, boleh kurang lagi dari segi penginapan. Kalau tgk total kos makan murah je 😂👍 semoga korang sampai dengan selamat ke Pulau Bintan ✨ #bintanisland #lagoi #traveltiktok

♬ at my worst – FOMY
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.