“Anda Akan Rasa Magiknya” – Amir Raja Lawak Nasihat Orang Ramai Tunai Kewajipan Bayar Zakat

Pelawak, Amir Raja Lawak menasihatkan umat Islam agar menjalankan tanggungjawab dengan membayar zakat kepada pusat pungutan zakat kerana ia dipercayai mempunyai ‘vibe’ tersendiri yang akan dirasai selepas melaksanakan kewajiban itu.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkongsi perasaannya itu di laman Facebook selepas tular kisahnya membayar zakat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP.

“Alhamdulillah, selepas viral tiga empat hari lepas ada saya terperasan satu komen yg cakap ‘lepas tengok posting ni baru teringat yang belum bayar lagi zakat’.

“Dan ada satu inbox yang tanya saya ‘macam mana cara dan kiraan untuk bayar zakat sebab dia pon peniaga kadang sale alhamdulillah okay,kadang sale tak berapa okay..adakah dia perlu bayar zakat?‘” tulisnya.

Rasai sendiri aura rezeki bertambah selepas membayar zakat

Menurut Amir yang juga peniaga air jagung, dia menasihati orang ramai untuk membayar zakar agar mereka dapat merasai aura rezeki yang bertambah dari Allah SWT selepas menjalankan kewajiban itu.

“Perasaan tu tak boleh diungkapkan dengan lidah, hanya tuan badan sendiri yang akan rasa ‘magik’nya itu. Dia punya lega tu rasa puas sangat dan ibarat dah berjaya langsai hutang tertunggak,” tulisnya lagi.

Rujuk ke pusat zakat sekirannya tidak tahu atau tiada pengalaman bayar zakat

Jelas Amir lagi, sekiranya ada individu yang tidak tahu atau tiada pengalaman membayar zakat, sebaiknya rujuk terus ke pusat zakat atau hubungi secara dalam talian untuk mendapatkan panduan lengkap.

“Kalau dalam hidup kita tak jumpa lagi orang yang baik, kita jadilah orang yang baik itu,” ujarnya di akhir perkongsian.

Tular pihak PPZ puji amir bayar zakat tanpa mengeluh

Terdahulu, tular di media sosial apabila pihak PPZ menerusi satu hantaran di laman Facebook memuji tindakan Amir yang menjalankan tanggungjawab membayar zakat tanpa perlu mengeluh tiada pekerjaan atau perasan malu berniaga di jalanan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

1 day ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

1 day ago