fbpx
Now Reading
Isu Kualiti Pelekat Roadtax Akan Diatasi Tahun Ini, Kata Anthony Loke
Isu pelekat cukai jalan

Isu Kualiti Pelekat Roadtax Akan Diatasi Tahun Ini, Kata Anthony Loke

Ujar Anthony, satu perubahan besar berhubung pelekat roadtax itu bakal dilakukan namun ia perlu dirancang secara rapi dan beliau akan memaklumkan sebaik sahaja persediaan sepenuhnya sudah dibuat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, ramai yang telah mengadu di media sosial tentang pelekat cukai jalan yang tidak berkualiti dan meminta agar perkara ini menjadi perhatian pihak berkenaan.

Ini kerana ia mudah terkoyak, tertanggal serta gam dari pelekat berkenaan adakalanya turut meninggalkan kesan pada cermin kereta.

Satu perubahan besar akan dilakukan untuk atasi isu pelekat cukai jalan

Foto: Afifa / BuzzKini

Terbaharu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu mesyuarat yang diadakan bersama pengurusan tertinggi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan satu perubahan berkenaan isu pelekat cukai jalan itu akan dilaksanakan pada tahun ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook rasmi miliknya, beliau menyatakan antara agenda utama pihak JPJ pada tahun ini adalah turut melaksanakan digitalisasi dalam perkhidmatan teras kepada masyarakat seperti pelesenan kenderaan dan pemandu selain ingin memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

“Saya tahu ramai orang mengadu berkenaan sticker (pelekat) cukai jalan yang kurang berkualiti. Perkara itu memang dalam perhatian kami dan satu perubahan besar bakal dilaksanankan dalam tahun ini.

“Sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat,” jelasnya selepas mendapat taklimat tentang perancang JPJ bagi tahun 2023.

Tambah menteri itu lagi, agenda utama mereka adalah ingin memudahkan urusan rakyat selain tidak mahu melihat orang ramai beratur panjang di pejabat JPJ yang ternyata menyusahkan masyarakat.

Terdahulu, Anthony Loke turut dilihat membuat tinjauan dibeberapa lokasi yang menyediakan perkhidmatan awam antaranya lapangan terbang KLIA 2, Tren Aliran Ringan (LRT), dan juga Tren KTM.

Baca artikel berkaitan:

Anthony Loke Buat ‘Spotcheck’ Di KLIA2, Kesan Beberapa Kelemahan Yang Perlu Diperbaiki

Anthony Loke ‘Spot Check’ LRT Waktu Puncak, Siap Menyamar Pakai Topi & Face Mask

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.