fbpx
Now Reading
Kes Tukang Masak Maut Terkena Letupan, Suami Isteri Ditahan Polis Malam Tadi
suami isteri kena tahan jadi suspek kes letupan di Pandan Indah

Kes Tukang Masak Maut Terkena Letupan, Suami Isteri Ditahan Polis Malam Tadi

Difahamkan insiden itu dipercayai bermotifkan cemburu lelaki yang ditahan terhadap mangsa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, kami ada melaporkan tentang kes tukang masak yang maut disebabkan terkena letupan dari bungkusan yang diletakkan di atas kenderaannya di Pandan Indah, Ampang Jaya pada 29 Disember yang lalu.

Mangsa yang dihantar ke Hospital Ampang kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Polis berkas sepasang suami isteri disyaki suspek kes letupan

Terbaharu, pihak polis telah memberkas sepasang suami isteri yang disyaki menjadi suspek dalam kes letupan berkenaan, pada malam tadi (3 Januari).

Memetik laporan Berita Harian, pasangan itu yang berusia 33 tahun (suami) dan 30 tahun (isteri) ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di Kedah sebaik sahaja pihak berkuasa menerima maklumat mengenainya.

2 individu terbabit direman

Dua individu itu kemudian direman bermula 4 Januari hingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan.

Difahamkan insiden itu dipercayai bermotifkan cemburu lelaki yang ditahan terhadap mangsa.

Terdahulu, hasil siasatan di lokasi kejadian berkenaan pihak polis telah menjumpai beberapa obejek yang dipercayai merupakan bahan letupan serta kesan lekukan di bahagian kenderaan tukang masak terbabit.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.