fbpx
Now Reading
Tunjuk ‘Besar Kepala’ Dalam Flight, Penumpang Dipercayai Ahli MMA Diarah Keluar Serta-Merta [Video]

Tunjuk ‘Besar Kepala’ Dalam Flight, Penumpang Dipercayai Ahli MMA Diarah Keluar Serta-Merta [Video]

Kekecohan berlaku apabila penumpang terbabit enggan memberi kerjasama ketika pihak keselamatan mengarahkan dirinya untuk keluar daripada pesawat itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini tular di media sosial video pertelingkahan di antara penumpang wanita dan juga petugas kaunter check-in di KLIA.

Lebih parah apabila difahamkan wanita tersebut telah bertindak memecahkan cermin di bahagian kaunter sehingga menyebabkan staf bertugas mengalami kecederaan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Video Pertelingkahan Antara Staf Di KLIA & Pelanggan Tular Di Media Sosial [Video]

Tular berlaku kekecohan dalam kapal terbang

Terkini, tular pula satu rakaman yang memaparkan kekecohan di dalam kapal terbang apabila seorang penumpang diarahkan keluar sebelum pesawat berlepas.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @_aizatrahman, lelaki yang dikenali sebagai Aizat memaklumkan insiden bermula apabila penumpang berbaju merah itu kehilangan ‘headphone’ miliknya.

Penumpang bertindak tumbuk ruangan bagasi cabin menyebabkan dia diarahkan keluar

Menurutnya, perkara tersebut menyebabkan penumpang terbabit tidak berpuas hati lalu bertindak menumbuk ruangan bagasi cabin.

Pramugara yang melihat kejadian itu dengan segera memaklumkan kepada ketua juruterbang dan arahan untuk membawa keluar penumpang itu telah dikeluarkan.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila penumpang terbabit mula mengamuk hingga berlaku sedikit pertengkaran di saat pihak keselamatan mengarahkannya keluar dari pesawat tersebut.

Kejadian tersebut menyebabkan penerbangan terbabit tergendala selama hampir dua jam kerana menunggu penumpang tersebut keluar dari pesawat itu.

Pramugara tenang kawal situasi, berjaya pujuk penumpang untuk keluar

Pada video berasingan, kelihatan pramugara terlibat begitu tenang mengendalikan situasi hingga penumpang terbabit faham mengenai pelanggaran polisi keselamatan hingga dia akhirnya dia akur untuk meninggalkan pesawat itu

Kedua-dua penumpang atlet MMA, pihak keselamatan ambil langkah berhati-hati

Difahamkan, kedua-dua penumpang itu merupakan atlet mixed martial arts (MMA) yang ingin ke Thailand bagi menyertai pertandingan Muay Thai.

Disebabkan itu pihak keselamatan perlu mengambil langkah berhati-hati untuk mengendali isu ini kerana tidak mahu kejadian yang tidak diinginkan berlaku.

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial berharap agar bahagian keselamatan di lapangan terbang harus dipertingkatkan lagi.

Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai nasib individu berkenaan sama ada mereka hanya diarahkan keluar atau terpaksa berurusan dengan pihak berkuasa.

Kami akan mengemaskini artikel ini sekiranya ada maklumat lanjut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.