fbpx
Now Reading
Durian Runtuh, Syarikat Minyak & Gas Korea Selatan Bagi Bonus 120 Bulan Untuk Setiap Pekerja

Durian Runtuh, Syarikat Minyak & Gas Korea Selatan Bagi Bonus 120 Bulan Untuk Setiap Pekerja

Hyundai Oilbank dilaporkan mendapat keuntungan sebanyak 226% pada suku ketiga 2022 yang membawa kepada jumlah keuntungan US $2.9 bilion (RM12.76 bilion).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dengan berakhirnya tahun 2022, kebanyakan syarikat kini sudah mula mengira jumlah bonus yang bakal diberikan kepada pekerjanya.

Bagi syarikat yang telah menunjukkan prestasi yang baik pula, sudah pasti para pekerjanya mengharapkan jumlah bonus yang tinggi seperti yang berlaku untuk syarikat Sheng Siong pada tahun 2020 lalu yang telah memberi bonus 16 bulan gaji kepada setiap kakitangannya.

Tahun 2022 adalah tahun yang baik untuk industri minyak dan gas

Untuk info, tahun 2022 adalah tahun yang sangat baik untuk industri minyak dan gas, kerana harga minyak global melonjak naik disebabkan pelbagai jenis faktor.

Susulan itu, para pekerja di sebuah syarikat minyak dan gas di Korea Selatan iaitu Hyundai Oilbank akan menerima ganjaran yang lumayan selepas syarikat itu mengumumkan akan memberi bonus 120 bulan gaji.

Hyundai Oilbank raih keuntungan sebanyak 226% pada suku ketiga 2022.

Menurut laporan The Korea Herald, Hyundai Oilbank mendapat keuntungan sebanyak 226% pada suku ketiga 2022 yang membawa kepada jumlah keuntungan US $2.9 bilion (RM12.76 billion).

Disebabkan itu, syarikat terbabit berbesar hati untuk memberi pekerjanya 1,000% daripada gaji tahunan mereka atau gaji bonus 120 bulan.

Terdahulu Hyundai Oilbank tidak mendedahkan jumlah khusus bonus yang diberikannya pada tahun 2021, namun pekerjannya dilaporkan menerima bonus pada kadar 600%  iaitu kadar purata kira-kira US $764,000 diterima setiap pekerja.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.