fbpx
Now Reading
“Ini Langkah Keluarga” – Enggan Dikaitkan Dengan ‘Langkah London’, Ismail Sabri Kongsi Foto Bercuti Di Dubai

“Ini Langkah Keluarga” – Enggan Dikaitkan Dengan ‘Langkah London’, Ismail Sabri Kongsi Foto Bercuti Di Dubai

Bekas perdana menteri itu turut menafikan beliau berada di London seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan beliau baru sahaja bercuti bersama keluarganya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menerusi beberapa hantaran di Instagram, bekas perdana menteri itu berkongsi kepada pengikutnya beberapa foto sepanjang percutian itu.

“Alhamdulillah selesai percutian bersama keluarga di UAE selepas 3 tahun tak sempat bercuti kerana urusan kerja.

“Lapang kepala. Tak serabut dengan masalah politik, masalah dalam kerajaan dan lain-lain. Ada cucu pula yang menjadi penghibur,” kata beliau menerusi ruangan kapsyen.

“Dubai tu di UAE bukan London”

Menerusi satu lagi hantaran berbeza, beliau turut menjelaskan yang beliau tidak ada di London seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Langkah london?? Ini namanya langkah keluarga di Dubai. Dubai tu di UAE bukan di London.
Kalau di London tentu kami dah beku kesejukan sebab di sana tengah musim sejuk,” tulis Ismail dengan nada berseloroh.

Hantaran-hantaran ini dilihat sebagai penafian tuduhan oleh segelintir pihak yang cuba mengaitkan penglibatan beliau dengan ‘gerakan rahsia’ yang didakwa cuba menjatuhkan Kerajaan Perpaduan iaitu Langkah London.

Satu finah jahat

Malah memetik laporan Sinar Harian, beliau menyifatkan cubaan mengaitkannya dengan gerakan tersebut adalah satu fitnah jahat yang dilakukan oleh mereka yang ‘tidak mengenal dosa’.

“Saya berdiam diri sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sehingga kini. Tak ada sebarang kenyataan mengenai UMNO dibuat, tiada kenyataan mengenai kerajaan juga. Tujuan saya (berdiam diri) adalah supaya tiada spekulasi dan fitnah yang mengaitkan saya, tapi pemfitnah yang tidak mengenal dosa ini masih terus mengaitkan saya. Sebab itu saya menganggap (tuduhan) ini merupakan tindakan fitnah yang berniat jahat.”

Kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri kepada Sinar Harian

Terdahulu kecoh di media sosial mengenai Langkah London iaitu satu ‘gerakan bawan tanah’ yang melibatkan beberapa pemimpin politik, termasuk daripada UMNO dah pemimpin parti pembangkang.

Difahamkan ‘gerakan’ itu diberi gelaran sedemikian kerana pertemuan rahsia itu yang tidak dapat dipastikan kesahihannya telah berlansung di London, United Kingdom bagi membuat penjajaran semula politik negara.

Malah tular foto seorang individu dipercayai bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diaitkan dengan gerakan tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.