fbpx
Now Reading
Inspektor Polis Didakwa Rogol Remaja Di Dalam Pejabat IPD Di Kedah Mengaku Tidak Bersalah

Inspektor Polis Didakwa Rogol Remaja Di Dalam Pejabat IPD Di Kedah Mengaku Tidak Bersalah

Inspektor Mohd Maliki Azmi berdepan satu pertuduhan rogol dan tiga pertuduhan di bawah Akta Seksual Kanak-Kanak kerana melakukan amang seksual.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor hari ini (5 Januari) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sungai Petani, Kedah atas empat pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di bilik pejabatnya pada 28 Disember tahun lalu.

Inspektor Mohd Maliki Azmi, 35, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Pertuduhan merogol

Mengikut pertuduhan, Mohd Maliki selaku tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa yang dimilikinya terhadap gadis itu, lapor Harian Metro.

Dia yang juga merupakan pegawai penyiasat kes (IO) bagi satu kes lain membabitkan mangsa didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 6.30 petang 28 Disember tahun lalu dalam bilik pegawai penyiasat jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Turut berdepan tiga pertuduhan bawah Akta Seksual Kanak-Kanak

Selain tuduhan tersebut, Mohd Maliki turut didakwa atas tiga pertuduhan berasingan mengikut Akta Seksual Kanak-kanak kerana melakukan amang seksual terhadap gadis yang sama.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada tarikh, masa dan lokasi sama.

Pertuduhan pertama:

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual dengan cara menyentuh kemaluan mangsa bagi tujuan maksud seksual.

Pertuduhan mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Pertuduhan kedua:

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memaksa mangsa memasukkan objek ke dalam alat sulitnya.

Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(c) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama.

Pertuduhan ketiga:

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menyebabkan mangsa menanggalkan pakaian dan menunjukkan badannya agar dapat dilihat tertuduh dengan niat seksual.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 15(a) (ii) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Boleh dipenjara 20 tahun dan sebat jika bersalah, tertuduh tidak diwakili peguam

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga sebat.

Prosiding kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hizween Azleena Othman Kamal, Zulfadzly Hassan, dan Nurul Natasha Rizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan sewaktu prodising memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan rogol dan RM15,000 bagi pertuduhan amang seksual.

Hizween Azleena yang mewakili pasukan pendakwaan turut memohon mahkamah agar memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali sebulan selain menyerahkan dokumen perjalanannya sementara menunggu perbicaraan.

Tertuduh pula memohon pengurangan jaminan kerana hilang sumber pendapatan selain perlu menanggung isteri serta ibu bapa dan berdepan hutang yang meningkat.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 iaitu RM10,000 bagi pertuduhan rogol dan RM15,000 bagi pertuduhan serangan seksual.

Hakim Roslan Hamid turut menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.