fbpx
Now Reading
Isu 21,000 Tiket Piala AFF : Tempahan Untuk Konsert Jay Chou Sejak Mac 2019 – Hannah Yeoh

Isu 21,000 Tiket Piala AFF : Tempahan Untuk Konsert Jay Chou Sejak Mac 2019 – Hannah Yeoh

Menurut Menteri Belia dan Sukan itu lagi, tempahan dari FAM pula hanya dilakukan pada 18 Ogos 2022 yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, 5 Disember mengumumkan kesemua 59,000 tiket untuk aksi separuh akhir Pertama Piala AFF Malaysia menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu, 7 Disember ini telah habis terjual.

Meskipun ia satu petanda yang baik buat sukan bola sepak tempatan, angka tersebut ternyata membuatkan ramai tidak senang duduk memandangkan kapasiti sebenar stadium berkenaan mampu memuatkan 80,000 orang.

Ini kerana 21,000 lagi tiket perlawanan tidak dapat dijual gara-gara pemandangan dari tempat duduk terhalang oleh struktur pentas yang bakal digunakan untuk konsert penyanyi Taiwan, Jay Chou pada 15 Januari ini.

Lantaran itu, ramai meluahkan rasa kecewa mereka di ruangan komen Facebook rasmi FAM dan di platform media sosial lainnya. Ini termasuklah penyokong setia skuad kebangsaan iaitu Ultras Malaya.

Lebih buruk lagi apabila ada yang mula menyerang akaun media sosial selebriti popular tersebut seolah-olah dia adalah punca semua itu terjadi.

Peka dengan isu tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerangkan pihaknya sedang mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berhubung isu pengurangan 21,000 tiket perlawanan tersebut.

Namun beliau tidak dapat mengulas lebih lanjut memandangkan proses perbincangan masih lagi berlangsung.

Penganjur tempah ruang stadium sejak Mac 2019, FAM pula pada Ogos 2022

Tidak sampai beberapa jam, Hannah sebentar tadi menjelaskan tempahan bagi konsert Jay Chou sebenarnya sudah dibuat sejak beberapa tahun lalu.

Dia yang tampil menerusi satu ciapan di Twitter berkata, tempahan bagi konsert tersebut telah dilakukan pada 13 Mac 2019 manakala tempahan dari FAM hanya dilakukan pada 18 Ogos yang lalu.

Tambah Hannah lagi, pemasangan pentas bagi konsert tersebut juga perlu memakan masa selama 2 minggu untuk disiapkan.

Ini sekaligus menjawab persoalan orang ramai mengapa struktur pentas sudah tersedia di beberapa bahagian kawasan stadium walhal konsert tersebut hanya akan diadakan hampir dua minggu dari sekarang.

“Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew ditambah 185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 pembesar suara dan 800 lampu.

“Mereka dah kehilangan dua setengah hari bagi memberi ruang untuk kejohanan AFF 2022,” kata Hannah lagi.

Sebagai rekod, Stadium Nasional Bukit Jalil menyaksikan kehadiran 65,147 penonton ketika pertemuan di antara Harimau Malaya dan Singapura pada 3 Januari yang lalu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.