Nak Kurangkan Penduduk, Kerajaan Jepun Bagi RM34,000 Kepada Rakyatnya Yang Pindah Keluar Dari Tokyo

Kerajaan Jepun akan menawarkan wang insentif sebanyak 1 juta yen (RM33,728) bagi setiap seorang anak untuk keluarga yang berpindah keluar dari Greater Tokyo sebagai usaha memulihkan bilangan populasi di wilayah-wilayah lain di negara itu.

Menurut laporan Kosmo yang memetik The Guardian, kadar insentif itu adalah peningkatan mendadak daripada nilai insentif sebelumnya iaitu sebanyak 300,000 yen (RM10,106).

Insentif ini sebagai usaha menaikkan bilangan penduduk di wilayah lain

Mengikut laporan beberapa media tempatan, insentif ini akan mula diperkenalkan pada April 2023 sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk memberi ‘nafas baharu’ kepada kawasan bandar dan kampung di wilayah lain kerana mempunyai bilangan penduduk yang semakin berkurang.

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu, populasi Tokyo sudahpun menurun, namun para penggubal dasar percaya bahawa lebih banyak perlu dilakukan untuk mengurangkan kepadatan penduduk di kota metropolitan itu.

Wilayah-wilayah lain dilanda masalah penuan, orang muda banyak berhijrah ke bandar

Susulan itu, orang ramai digalakkan memulakan kehidupan baharu di wilayah-wilayah lain yang dilanda masalah penuaan berikutan bilangan orang muda yang berkurang kerana banyak berhijrah ke Tokyo, Osaka dan beberapa bandar besar yang lain.

Namun wang 1 juta yen bagi setiap anak ini bukanlah amaun penuh yang akan diterima mereka yang menyertai kempen ini.

Sebaliknya ia adalah bayaran tambahan kepada 3 juta yen (RM100,010) yang sebelum ini sudah dijanjikan dan bakal ditawarkan kepada setiap keluarga di 23 sub teras Tokyo terlibat iaitu bahagian wilayah-wilayah lain yang terletak berdekatan Saitama, Chiba dan Kanagawa.

Sebagai contoh, jika keluarga anda mempunyai 2 anak dan mahu menyertai kempen tersebut. Keluarga anda akan menerima 3 juta yen ditambah dengan 2 juta (1juta bagi setiap anak) menjadikan nilai keseluruhan berjumlah 5 juta yen (RM166,684).

Untuk mendapatkan wang insentif tersebut, ahli keluarga mesti berpindah ke luar kawasan Greater Tokyo selain kawasan pergunungan di sempadan bandar itu.

Kira-kira 1,300 majlis perbandaran menyertai skim ini dengan harapan dapat memanfaatkan peralihan sikap orang ramai terhadap kualiti hidup yang mendapat momentum semasa pandemik apabila ramai pekerja menemui faedah bekerja dari jauh.

Syarat skim ahli keluar mesti menetap selama 5 tahun di rumah baharu

Sementara itu, syarat di bawah skim itu adalah setiap keluarga harus tinggal di rumah baharu sekurang-kurangnya lima tahun dan bagi mereka yang melanggar syarat terbabit perlu memulangkan semula wang tersebut.

Selain itu, tiga kriteria utama lain adalah bekerja di syarikat kecil atau sederhana di kawasan tempat tinggal baru, memulakan perniagaan di rumah baharu atau meneruskan pekerjaan lama mereka menerusi keadah kerja dari jauh.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

44 mins ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

59 mins ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

60 mins ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

3 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

4 hours ago