fbpx
Now Reading
Luah Rasa Syukur, Balu Abam Harap Pihak Ali Puteh Tak Lewat Bayar Ganti Rugi
Balu arwah abam syukur dengan keputusan mahkamah

Luah Rasa Syukur, Balu Abam Harap Pihak Ali Puteh Tak Lewat Bayar Ganti Rugi

Balu kepada arwah Abam Bocey itu menyatakan dia bersyukur dengan keputusan tersebut selain berharap pihak berkenaan membayar mengikut ketetapan yang diberikan oleh mahkamah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setelah bertahun-tahun memperjuangkan nasib diri dan anak, akhirnya keputusan kes saman fitnah terhadap pelawak, Ali Puteh berpihak kepada Siti Norhidayah Mohd Ali.

Ianya selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Disember menolak rayuan pelawak berkenaan dan tiga ahli keluarganya serta memerintahkan untuk membayar sebanyak RM60,000 kepada balu pelawak Abam Bocey itu.

Baca artikel berkaitan: Kes Saman Fitnah Kakak Ipar, Mahkamah Tolak Rayuan Ali Puteh

Luah rasa syukur & minta pihak sana tak lengah bayar ganti rugi

Susulan itu, dia yang mesra dipanggil Hidayah turut meluahkan rasa syukur kepada Allah SWT atas keputusan yang telah diputuskan oleh pihak mahkamah yang berpihak kepada dirinya.

Jelas ibu kepada anak satu itu, dia juga berharap agar pihak di sebelah sana iaitu pelawak Ali Puteh untuk tidak melengah-lengahkan lagi urusan pembayaran seperti yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

“Alhamdulillah syukur pada Allah SWT, keputusan rayuan saman fitnah mahkamah telah diputuskan dan juga telah memihak kepada Hidayah.

“Semoga pihak disana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah Mahkamah yang telah ditetapkan,” kata Hidayah dalam satu hantaran di Instagram miliknya.

Harap dapat teruskan hidup lebih baik selepas ini

Hidayah dalam masa sama juga berharap agar selepas ini dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey itu boleh meneruskan kehidupan yang lebih baik serta sempurna.

“Terima kasih semua yang mendoakan Hidayah dan Hamzah,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, kemelut antara mereka mula tercetus apabila Hidayah memfailkan saman ke atas Ali sekeluraga dengan jumlah terkumpul RM900,000.

Saman berkenaan antaranya mendakwa adik iparnya itu telah mengambil harta Abam Bocey dan harta milik anaknya Hamzah yang dikategorikan sebagai anak yatim.

Untuk rekod, Hidayah dan arwah Abam telah mendirikan perkahwinan pada 8 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata hasil lelaki yang kini berusia 4 tahun.

Baca artikel berkaitan:

Balu Arwah Abam Menang Kes Saman Fitnah, Ali Puteh Diperintah Bayar RM60,000

“Saya Buat Semua Demi Anak” – Isteri Abam Jawab Isu Saman Ali Puteh

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.