fbpx

Ramai Kagum, Lagu Nyanyian Sheila Majid Pernah Diambil Untuk Iklan Nissan Skyline Di Jepun [Video]

Sheila Majid berjaya mencipta nama di negara itu kerana pada zaman tersebut lagu genre ‘city pop’ menjadi kegilaan masyarakat di Jepun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bakat artis tanah air memang tidak boleh dinafikan lagi kehebatannya, bahkan ada di antara mereka yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

Lebih membanggakan, apabila rakyat di luar negara turut mengagumi dan mengidolakan artis-artis Malaysia.

Siapa sangka, disebabkan itu ada syarikat automotif ternama pernah menggunakan lagu nyanyian penyanyi tempatan dalam salah satu iklan komersialnya pada suatu ketika dahulu.

Nyanyian Sheila Majid digunakan pada iklan Nissan Skyline R32

Hal ini susulan tular di media sosial apabila nyanyian artis lagenda tanah air, Dato’ Sheila Majid pernah diguna oleh syarikat Nissan dalam mempromosikan kenderaan Nissan Skyline R32 pada era 90-an.

Pendedahan yang dibuat menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @wapcar_zamil itu menyebabkan rakyat Malaysia yang tidak mengetahui tentang hal itu berasa kagum.

Nyanyian Shiela Majid digunakan untuk dua iklan

Berdasarkan video tersebut, kendengaran jelas suara Ratu Jazz Malaysia itu yang menyanyikan dua jenis lagu untuk menambahkan lagi seri pada dua iklan kereta berkenaan.

Dua lagu yang dinyanyikan itu adalah ‘Larut Malam’ dan ‘Di Mana Ku Cari Ganti’ ciptaan seniman tanah air, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Shiela Majid penyanyi pertama cipta nama di Jepun

Untuk info, Shiela Majid merupakan penyanyi terawal Malaysia yang berjaya mencipta nama di pasaran Jepun pada tahun 1989.

Lagu-lagu nyanyian Sheila Majid disukai ramai orang Jepun sekaligus menaikkan lagi populariti beliau di negara matahari terbit itu.

Zaman kegemilangan ‘city pop’ di Jepun naikkan nama Sheila Majid

Difahamkan juga, Sheila Majid berjaya mencipta nama di negara itu kerana pada zaman tersebut lagu genre ‘city pop’ menjadi kegilaan masyarakat di Jepun.

Menjangah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang baru mengetahui mengenai hal tersebut berasa kagum dengan pencapaian hebat penyanyi lagenda itu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.