MOT Akan Tambah Baik Perkhidmatan P-Hailing Agar Keselamatan Penunggang Lebih Terjamin – Anthony Loke

Tidak dinafikan ramai yang sudah mula menggunakan servis P-Hailing iaitu perkhidmatan penghantaran barang seperti makanan dan minuman dengan menggunakan motosikal bagi memudahkan urusan harian mereka.

Malah ada juga segelintir darinya menjadikan perkhidmatan ini sebagai kerjaya tetap dan juga sambilan untuk mendapatkan wang lebih apabila mempunyai masa yang terluang.

Namun apa yang membimbangkan ,kita juga sering membaca atau mungkin melihat sendiri di hadapan mata berlakunya kemalangan kepada rider ini dek kerana mahu cepat menghantar barangan yang dibawa.

Penambahbaikan perkhidmatan untuk jamin keselamatan rider

Terbaharu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan pihaknya bakal melakukan penambahbaikan terhadap perkhidmatan itu agar aspek keselamatan rider lebih terjamin.

Mememtik laporan Bernama, perkara itu bakal dilakukan pada masa terdekat dan tidak hanya tertakluk kepada rider sahaja tetapi turut melibatkan syarikat platform tersebut kerana ia adalah antara industri besar di dalam negara ini.

“Yang penting apa kita nak lakukan adalah untuk aspek keselamatan mereka, kita bukan nak susahkan mana-mana pihak gig ekonomi kerana kita tahu mereka juga ada masalag di lapangan tetapi kita nak tekankan aspek keselamatan penunggang.

“Kita tak nak lihat penunggang ini sebab nak cari rezeki, mereka bawa laju (motosikal) sehingga membahayakan diri, itu bentuk tambah baik yang kita akan lakukan nanti,” jelasnya.

Belum ada keputusan untuk perkhidmatan teksi motosikal atau ‘gojek’

Sementara itu, Anthony turut menyatakan bahawa kementeriannya sehingga kini belum lagi mempunyai sebarang keputusan untuk meluluskan perkhidmatan teksi motosikal atau ‘gojek’ sebagai salah satu alternatif bagi pengangkutan awam di Malaysia.

Jelasnya, perkhidmatan itu sememangnya mempunyai permintaan dari syarikat tempatan untuk dijadikan sebagai projek rintis, tetapi pihaknya perlu melihat kepada mod kesesuaian selain kesediaan rakyat untuk menerimanya.

“Budaya kita di Malaysia lain daripada Indonesia dan Thailand. Kalau di Bangkok dan Jakarta, memang ia mod yang diterima umum tetapi di negara ini, saya rasa rata-rata kita tidak begitu sedia lagi menggunakan motosikal sebagai teksi,” kata menteri itu.

Sempat membuat tinjauan di LRT Kelana Jaya dan laluan Monorel

Terdahulu, Anthony turut dilihat sekali lagi membuat tinjauan untuk melihat keadaan di LRT Kelana Jaya dan laluan Monorel bersama dengan seorang Youtuber, @lucasdebating ketika waktu puncak.

“Saya tahu ada gangguan perkhidmatan LRT petang tadi kerana masalah teknikal. Ini menyebabkan tren bergerak dengan lebih pelahan dan ramai penumpang menunggu lama di stesen dan keadaan tren yang sangat sesak,” tulisnya di dalam Instagram.

Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan pihak pengurusan teknikal Rapid Rail telah berusaha sedaya upaya untuk memulihkan perkhidmatan tersebut dengan secepat mungkin.

Katanya, segala kesulitan adalah amat dikesali dan berterima kasih kepada polis bantuan dan kakitangan yang telah membantu penumpang di platform berkenaan.

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

1 day ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago