fbpx
Now Reading
Pelik! Rumah ‘Uncle’ Ni Saja Yang Hujan Lebat, Sekali Kamera Pusing Rupanya.. [Video]

Pelik! Rumah ‘Uncle’ Ni Saja Yang Hujan Lebat, Sekali Kamera Pusing Rupanya.. [Video]

Apa yang pelik apabila cuaca pada waktu itu kelihatan cerah dan hanya rumahnya sahaja yang dilanda hujan lebat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

‘Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’.

Begitulah pepatah yang sesuai untuk mengambarkan situasi yang terjadi pada seorang warga emas ini apabila cuaca yang kelihatan cerah di kawasan rumahnya secara tiba-tiba menjadi hujan lebat.

Menerusi hantaran video di laman TikTok akaun @piepakcuman, kelihatan jelas rumah tersebut sedang ditimpa hujan yang lebat sehingga kawasan rumah itu dinaiki air.

Cuaca cerah, hanya rumahnya sahaja yang hujan

Agak menghairankan apabila kelihatan cuaca dan langit di sekeliling rumah warga emas itu yang difahamkan di Jalan Sentul Pasar, Kuala Lumpur masih cerah namun hanya rumahnya sahaja yang dilanda hujan.

Namun semuanya terungkai apabila perakam memusingkan kameranya ke arah bahagian tepi rumah warga emas yang bersebelahan jalan itu.

Kemalangan, kereta langgar paip air hingga pecah

Ternyata berlaku kemalangan yang mana sebuah kereta jenis Proton Saga telah melanggar paip di bahagian tepi jalan tersebut menyebabkan paip tersebut pecah.

Tidak hanya itu, aksi bersahaja si perakam berbual dengan warga emas terbabit seperti jiran yang sudah saling mengenali juga mencuit hati orang ramai.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi menghiburkan terhadap video tersebut.

“Uncle masuk rumah tarik selimut”

“Hmm tak tau nak gelak ke marah”

“Aku pelik juga kenapa hujan datang dari tepi”

Pada masa sama, mereka turut mendoakan agar urusan warga emas dan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu dipermudahkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.