Ramai Terhibur Lihat Pelajar Seronok Main Game, Sekali Lecturer Berdiri Perhati Dari Belakang [Video]

Permainan video game sememangnya menyeronokkan malah ia juga kini semakin dikenali dan dijadikan sebagai sukan elektronik atau e-sport.

Malah ada juga menjadikan bidang e-sport ini sebagai kerjaya mereka dan turut bertanding sehingga ke peringkat antarabangsa.

Namun kebanyakan orang menjadikan permainan video game ini sebagai satu hobi atau aktiviti tambahan untuk menghilangkan stress dan mengisi masa terluang.

Gelagat pelajar undang perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @sembilann yang memaparkan aksi seorang pelajar di sebuah institusi kemahiran yang mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pelajar lelaki yang berada di dalam bilik dipercayai makmal komputer sedang bermain permainan video game BlackShot sambil diperhatikan oleh rakan-rakan yang lain.

Lecturer perhati dari belakang gelagat pelajar main game

Disebabkan terlalu fokus dengan permainan tersebut, pemuda ini tidak menyedari salah seorang yang menjadi penonton adalah pensyarahnya sendiri.

Malah pensyarah itu yang hanya tersenyum turut dilihat memegang bahu pelajar berkenaan.

Tidak lama kemudian kedengaran rakannya meminta dia menoleh ke belakang, sebaik sahaja memandang ke arah tersebut dia lalu terkejut dan langsung beristighfar ‘Astagfirullahalazim’ berulang kali.

Pelajar itu lantas keluar dari permainan tersebut dan menukar ‘window’ skrin komputernya kepada aplikasi yang lain.

“Malu dia terus ke jantung,” katanya dalam kapsyen.

Walau bagaimanapun, menerusi pemerhatian kami di ruangan komen, individu ini ada mengatakan bahawa dia hanya melihat permainan video game itu melalui YouTube sahaja.

Di dalam satu respon balas dia pula menjelaskan bahawa dia sememangnya sedang bermain game berkenaan namun ia hanya dilakukan ketika sedang berehat.

Justeru kami tidak memastikan sama ada ianya benar-benar berlaku atau sekadar konten semata.

Melihat di ruangan komen, ramai terhibur dengan gelagat pelajar itu dan ada juga berkongsi pengalaman mereka yang pernah mengalami situasi yang sama.

‘Untung kau tak kena apa-apa’

‘Macam cikgu aku waktu tidur dalam kelas..’

‘Ingat aku je perangai macam ni masa dekat PC room aku main game’

‘Tiba-tiba teringat waktu zaman belajar dulu kelas autocad..’

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

9 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

16 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago