fbpx
Now Reading
Teruk Dikecam, Wanita Rusia Panjat Menara 118 Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Teruk Dikecam, Wanita Rusia Panjat Menara 118 Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Angela Nikolau dalam masa sama turut menyifatkan perbuatan menceroboh dan memanjat menara itu hanyalah satu kerja seni dan karyanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai sehari membuat pendedahan bagaimanana dia menceroboh masuk ke Menara Merdeka 118, pendaki ekstrem wanita warga Rusia, Angela Nikolau tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Permohonan maaf itu dilakukan Angela menerusi satu ciapan balas terhadap seorang pengguna Twitter yang tampil meluahkan beberapa sebab kenapa perbuatan wanita itu dan pasangannya dibenci rakyat Malaysia.

“Saya menghargai anda membuat bebenang tentang itu (menceroboh) dan saya memohon maaf jika saya menyinggung perasaan rakyat Malaysia. Itu bukan niat sebenar saya,” kata Angela.

Anggap ia hanya satu cara berkarya

Dia dalam masa sama turut menjelaskan tindakan menceroboh dan memanjat menara itu hanyalah satu kerja seni dan karyanya.

“Saya tidak mengharapkan apa-apa selain hanya karya dan seni. Saya juga tiada niat untuk mencetuskan sebarang konflik atau kebencian. Minta maaf kepada Malaysia dan rakyatnya,” kata wanita itu lagi.

Terdahulu wanita ini menerusi satu bebenang panjang lebar di Twitter berkongsi pengalamannya menceroboh masuk ke dalam menara kedua tertinggi di dunia itu.

Malah lebih menjengkelkan apabila dia turut menyamar menjadi pekerja binaan dengan menyarung uniform pekerja, topi keselamatan dan juga tudung sewaktu membuat cubaan tersebut.

Dia turut menyifatkan perasaannya terhadap Menara Merdeka 118 umpama ‘jatuh cinta pandang pertama’.

Perbuatan itu bagaiamanapun menyebabkan dia dikecam hebat kerana Angela dilihat begitu mementingkan diri dan sanggup melanggar undang-undang negara orang lain demi kepuasan dalam ‘berkarya’.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.