fbpx
Now Reading
TMJ Tawar Stadium JDT Untuk Kegunaan Harimau Malaya

TMJ Tawar Stadium JDT Untuk Kegunaan Harimau Malaya

Ianya bagi memastikan Harimau Malaya dapat melangsungkan mana-mana perlawanan antarabangsa ekoran dari penutupan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi kerja-kerja penyelenggaraan padang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nama pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim cukup terkenal dalam arena bola sepak negara.

Malah banyak kejuaraan di peringkat nasional dan Asia yang telah diraih sejak penubuhan kelab gergasi Malaysia itu oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Meskipun kerap dikritik oleh segelintir penyokong bola sepak tempatan dan dianggap tidak berjiwa patriotik, baginda sememangnya peka dan mengambil tahu dengan skuad Harimau Malaya.

Terbaharu, TMJ telah menawarkan Stadium Sultan Ibrahim (SSI) yang merupakan gelanggang rasmi JDT untuk dijadikan venue sementara Harimau Malaya.

Ianya bagi memastikan skuad kebangsaaan dapat melangsungkan mana-mana perlawanan membabitkan peringkat antarabangsa ekoran dari penutupan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi kerja-kerja penyelenggaraan padang.

“Setelah berbincang dengan Menteri KBS (Kementerian Belia dan Sukan), Hannah Yeoh berkenaan penyelenggaraan padang SNBJ bermula Mac ini. Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) untuk berkongsi ‘update’ dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu SNBJ siap.”

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Tunku Ismail menerusi satu ciapan di Twitter.

Sebagai info, SSI yang terletak di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor telah dirasmikan pada 22 Februari 2020.

Gelanggang rasmi JDT itu bukan mencuri tumpuan dari segi bentuknya yang menarik, malah ia turut dilengkapi pelbagai fasiliti yang menggunakan teknologi tinggi.

Malah laman web StadiumDB.com juga pernah menobatkan SSI sebagai ‘Stadium Of The Year 2020’.

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.