fbpx
Now Reading
“Ada Ular” – Ramai Puji Tindakan Pemandu Sanggup Ubah Laluan Bagitahu Ada Haiwan Berbahaya [Video]
ular masuk dalam kereta Bezza

“Ada Ular” – Ramai Puji Tindakan Pemandu Sanggup Ubah Laluan Bagitahu Ada Haiwan Berbahaya [Video]

Tindakan pemandu berkenaan yang sanggup keluar ke susur lain hanya kerana mahu memaklumkan berkenaan ular itu turut mendapat pujian dari orang ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@zuezoey/video/7185849616380874011

Sebagai pengguna di jalan raya kita sering dinasihatkan untuk berhati-hati dan cakna terhadapa keadaan di sekeliling.

Apabila mengamalkan sikap ini ia bukan sahaja dapat membantu kita untuk berada dalam keadaan selamat tetapi turut dapat membantu pengguna jalan raya yang lain dengan memaklumkan kepada mereka untuk berhati-hati.

Pemandu sanggup tukar laluan lain sebab nak beritahu ada ular masuk belakang kereta

Perkara ini samalah seperti apa yang terjadi kepada seorang pemandu apabila sanggup melalui laluan lain kerana mahu memaklumkan pada sebuah kenderaan berkenaan keretanya.

Menerusi video yang dirakam menggunakan dashcam itu, kelihatan sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza bergerak dengan perlahan sebelum didatangi seekor ular yang masuk ke dalam keretanya melalui bahagian belakang.

Sebaik sahaja menyedari keadaan tersebut, pemandu yang melihat kejadian itu segera menukar laluannya ke sebelah kiri dan menghimpit kenderaan Bezza itu untuk memaklumkan kepadanya tentang haiwan berkenaan.

Dia kemudian membunyikan hon beberapa kali agar disedari oleh pemandu Bezza tersebut.

“Ada ular, ada ular masuk dalam kereta,” kata individu berkenaan dalam video yang dimuat naik video tersebut dalam TikTok.

Sebaik sahaja memaklumkan hal tersebut dia kemudian terpaksa masuk ke susur keluar sebelah kiri kerana kenderaannya berada di tengah-tengah jalan pada ketika itu.

Ucap terima kasih dan doakan dikurniakan rezeki

Melihat di dalam komen, pemandu Bezza yang dibantu tampil mengucapkan terima kasih kepada pemilik video dan mendoakan agar individu itu dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Bukan itu sahaja, menerusi satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok miliknya @ceoofcomey turut berterima kasih kepada anggota bomba dan orang ramai yang sudah mendoakan keselamatan dirinya.

“Terima kasih anggota bomba untuk bantuannya.. terima kasih owner kereta yang bagitahu dekat driver (pemandu) ada ular. Terima kasih yang mendoakan keselamatan pemandu. Alhamdullilah driver selamat dan tidak ada apa-apa,” kata pemandu Bezza itu.

@ceoofcomey

terima kasih angota bomba untuk bantuan nya..terima kasih owner kereta yang bagitu dekat driver ade ular 🥰🥰terima kasih yang mndoa kan keselamatan driver..alhamdullilah driver selamat dan takda apa apa🥰🥰#fypシ #CapCut

♬ original sound – ❤️❤️🐊❤️🐊🐊😘😘 – ❤️❤️🐊❤️🐊🐊😘😘

Usaha baik pemandu terbabit ternyata telah mengundang perhatian apabila ramai yang kagum dengan tindakannya kerana sanggup menukar laluan lain hanya kerana mahu memberitahu kenderaan itu.

‘Terbaik gila weh owner dashcam ni. Sanggup masuk jalan lain sebab nak beritahu kereta tu’

‘Alhamdulillah terbaik terus pergi cakap walaupun terpaksa keluar ke susur lain’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.