Budak Diburu Polis, Tulis Perkataan Tak Senonoh Pada Kereta Orang Awam Guna Cat Semburan

Vandalisma di negara ini bukanlah sesuatu yang baharu. Walapun kempen kesedaran tentang aktiviti tidak bermoral ini sudah banyak dijalankan, namun kejadian sebegini sehingga kini masih lagi berlaku.

Lebih menyusahkan apabila pihak kerajaan, swasta mahupun orang awam mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki atau menggantikan barang-barang yang rosak.

Kanak-kanak conteng kereta orang awam

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial tindakan seorang individu dipercayai kanak-kanak menconteng beberapa buah kenderaan milik orang awam menggunakan cat semburan berwarna hitam di sebuah kawasan flat perumahan.

Menerusi satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook Info Berita Semasa, kelihatan jelas gambar beberapa buah kereta yang diconteng dengan tulisan tidak senonoh pada bahagian pintu.

Foto: Facebook/Info Berita Semasa

Polis buru suspek conteng kereta

Susulan itu, pihak polis sedang mengesan kanak-kanak terbabit yang menconteng beberapa buah kenderaan di Jalan Tingkat Kenari 5, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan awal pihak polis mendapati perbuatan vandalisme itu dilakukan sekitar pukul 2.00 hingga 2.30 petang pada 6 Januari lalu.

“Menurut salah seorang pemilik kenderaan, ini merupakan kejadian pertama sepanjang tempoh tiga tahun dia tinggal di situ.

“Pemilik kenderaan menyedari kejadian ini apabila ingin kembali ke rumah setelah pulang dari kerja di kilang berdekatan pada pukul 5.00 petang dan dia terus membuat laporan polis berhubung kes ini,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, melakukan khianat

Tambahnya lagi, kes tersebut akan disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Difahamkan, usaha mengesan kanak-kanak terbabit masih diteruskan dan sekirannya orang awam mempunyai maklumat boleh hubungi pegawai penyiasat jenayah, Wan Muhammad Syamim Wan Azmi di talian 04-8662222.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

14 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

21 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

3 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

3 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

3 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

3 days ago