fbpx
Now Reading
Cetus Kebimbangan, WHO Bagi Amaran Kemunculan Varian Baharu COVID-19 ‘Kraken’

Cetus Kebimbangan, WHO Bagi Amaran Kemunculan Varian Baharu COVID-19 ‘Kraken’

Strain Kraken ini dipercayai lebih mudah berjangkit serta mampu menembusi perlindungan vaksin dan jangkitan lama.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mengenang kembali nasib dunia ketika awal tahun 2020 pasti tidak dapat dilupakan bagaimana wabak Corona Virus (COVID-19) yang mula merebak di Wuhan, China telah melumpuhkan pelbagai sektor terutamanya kesihatan dan ekonomi.

Tatkala dunia sudah mula kembali pulih secara perlahan-lahan, kini Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhano Ghebreyesus menyuarakan kebimbangan penularan meluas COVID-19 melibatkan subvarian baharu di beberapa tempat di dunia.

Kebimbangan itu disuarakan oleh beliau ketika mengadakan taklimat media secara dalam talian dari Geneva, Switzerland pada Rabu lalu (4 Januari).

Satu daripada subvarian Omicron yang pada asalnya telah dikesan sejak tahun lalu ialah XBB.1.5 iaitu gabungan dua BA.2 ‘sub-lineage’ yang dikatakan sedang meningkat di Amerika Syarikat.

strain Omicron XBB.1.5 digelar ‘Kraken’

Pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama ‘Kraken’ yang berpontensi menyebabkan penularan secara besar-besaran wabak COVID-19.

Pada masa sama, WHO juga dilaporkan sedang membuat penilaian mengenai risiko subvarian Omicron baharu ini.

Kraken lebih mudah berjangkit dan boleh menembusi perlindungan vaksin

Menurut Berita Harian yang memetik news.com.au, strain Kraken ini dipercayai lebih mudah berjangkit serta mampu menembusi perlindungan vaksin dan jangkitan lama.

Selain penularan Kraken di Amerika Syarikat sejak Oktober 2022, subvarian Omicron ini juga dikesan di Australia, United Kingdom dan beberapa negara Eropah lain seperti Denmark, Perancis, Jerman dan Sepanyol.

Bagaimanapun, strain Omicron XBB.1.5 ini belum ditemui di New Zealand.

NSW mengesahkan sejumlah kecil subvarian baharu itu dikesan di Australia

Terdahulu, menerusi bebenang di laman Twitter Jabatan Kesihatan New South Wales (NSW), jabatan kesihatan itu turut mengesahkan bahawa sejumlah kecil subvarian baharu itu sudah dikesan di Australia.

“Masih terdapat sejumlah besar kumpulan campuran subvarian menular, dan subvarian BR.2 adalah yang paling banyak dikesan.

“Jabatan itu juga terus memantau kemunculan subvarian termasuk XBB.1.5, yang dikesan dalam jumlah kecil dalam tempoh dua minggu sebelum 24 Disember 2022,” tulisnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.