“Orang Yang Berlaku Curang, Susah Nak Mengaku Salah” – Fadzilah Kamsah
Menurut Fadzilah, individu yang curang akan sedaya upaya meletakkan kesalahan diri sendiri terhadap orang lain.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak minggu lalu, media sosial dipenuhi dengan hantaran-hantaran mengenai pasangan yang berlaku curang.
Susulan itu, pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah tampil dengan pendapatnya mengenai isu yang sedang menjadi bualan hangat ini.
‘Orang curang tidak akan mengaku salah’ – Fadzilah Kamsah
Menerusi satu hantaran di laman Instagram (IG) miliknya, Fadzilah berkata individu yang berlaku curang di dalam hubungannya tidak akan sesekali mengaku salah dengan kesalahan tersebut.
Menurutnya, individu yang curang akan sedaya upaya meletakkan kesalahan diri sendiri terhadap orang lain.
“Kononnya dia buat salah sebab pasangan atau orang lain punya angkara, adakah patut?” tulisnya.
Menurutnya lagi, mereka yang melakukan kecurangan ini biasanya tidak akan menunggu untuk pasangannya melakukan salah sebaliknya akan terus meletakkan kesalahan itu pada pasangan.
Kebanyakan orang yang jadi mangsa curang sudah cukup sempurna
Berkongsi pengalamannya, Fadzilah yang juga mesra disapa Tok Abah itu berkata kebanyakan individu yang menjadi mangsa curang adalah orang yang sudah cukup sempurna dalam pelbagai aspek.
“Banyak kes yang Tok Abah kendalikan,orang tu sudah buat yang terbaik. Boleh kata dah jadi perfect (sempurna). Itulah yang kena tinggal. Itulah yang kena tipu dan pasangannya berlaku curang.
“Maka, jangan pernah rasa down. Rasa diri ini tak guna bila pasangan sendiri yang curang. Itu bukan salah kita. Itu realitinya salah pasangan.
“Sebab curang ni bukan paksaan, tetapi pilihan,” tulisnya lagi.
Di akhir perkongsian, beliau juga memberikan peringatan bahwa orang yang tidak bersyukur dan melakukan tindakan yang dilarang termasuk dalam golongan orang yang tidak mendapat reda Allah SWT.