fbpx
Now Reading
Penampakan Buaya Di Dalam Longkang Kawasan Perumahan Di Kuantan Buat Ramai Cuak [Video]

Penampakan Buaya Di Dalam Longkang Kawasan Perumahan Di Kuantan Buat Ramai Cuak [Video]

Berdasarkan video tersebut, kelihatan orang ramai mengerumuni sekitar kawasan tersebut untuk melihat lebih dekat reptilia pemangsa itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, sering kali kita mendengar serta melihat video tular mengenai penampakan buaya di beberapa kawasan air seperti laut dan juga sungai.

Lebih membimbangkan, sebahagian lokasi yang menyaksikan kemunculan sang bedal itu bukanlah kawasan habitat semula jadinya.

Penampakan buaya di parit berdekatan kawasan perumahan

Terkini, tular satu lagi video di media sosial penampakan buaya di dalam sebuah parit besar berdekatan satu kawasan perumahan.

Menerusi satu hantaran video di laman TikTok akaun @poupcorn, kelihatan jelas seekor buaya besar sedang timbul di atas permukaan air di dalam sistem pengairan air hujan kawasan tersebut.

Orang ramai mengerumuni untuk melihat buaya itu lebih dekat

Pada video sama, kelihatan juga orang ramai mengerumuni sekitar kawasan tersebut untuk melihat lebih dekat reptilia pemangsa itu.

Memindai ruangan komen, kebanyakan pengguna media sosial menzahirkan kebimbangan serta ingin mengetahui lokasi kejadian tersebut untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

“Longkang besar Kampung Jawa, Kuantan” – Netizen

Hal ini kerana lokasi penampakan buaya itu tidak dinyatakan oleh pemilik video terbabit, namun mengikut kenyataan beberapa netizen, kejadian itu difahamkan berlaku di Kampung Parit Jawa, Kuantan, Pahang.

Buaya bukanlah sesuatu binatang yang boleh diambil mudah keberadaannya tanpa mengutamakan langkah berhati-hati kerana reptilia ini mampu meragut nyawa manusia.

Terdahulu, Malaysia pernah digemparkan dengan satu video tular seorang bapa meraung kesedihan selepas melihat anak kecilnya dibaham seekor buaya di Lahad Datu, Sabah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.